Thursday, August 19, 2010

ROTI PAUN BULAT










Bahan-bahan ( 2-3 loyang sederhana )
1 sudu kecil yis kalau nk cepat naik taruk 2- 21/2 sudu kecil.
1cawan air suam
½ cawan gula
½ cawan marjerin/butter
Tepung gandum bergantung masa menguli.
sedikit minyak utk dilenserkan diatas roti

Cara-cara 1.1 cawan air suam dicampurkan yis biarkan seketika hingga larut. Sediakan besen tarukkan sedikit gandum lebih kurang ½ cawan kedalamnya. Kemudian masukkan air suam yg bercampur yis tadi kedlm besen yg berisi gandum.
2.Kemudian masukkan pula gula kacau hingga gula hancur. Kemudian masukkan marjerin/butter kedalamnya kacau sampai sebati.
3.Sesudah itu di letak sedikit demi sedikit tepung gandum di adun sampai boleh diuli. Jangan diisi terlampau banyak tepung takut jadi keras Cuma agak2 boleh diuli dgn tangan dan tidak melekat ditangan sahaja sampai menjadi doh yg lembut. Kemudian doh direhatkan sehingga ½ - 45 minit.. kemudian boleh dibentukkan bulat2 (ikut suka hati) dan di susun ke dlm loyang yg telah dialas baking paper (mcm MIL buat dia alas daun pisang-fuhyo naik dan bangkit bau dia).
4.Dibiarkan naik sampai 2 kali ganda lepas itu dilenserkan minyak ke atas roti yg dah kembang kemudian bolehlah dibakar dgn kepanasan 180C selama 10-15minit dlm oven yg telah di panaskan terlebih dahulu.. gambar atas dah kembang tunggu nk masak tu

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails