Sunday, March 20, 2011

sup 2 IN 1-SUP TULANG/SOTO DAGING


SUMBER: mesra net resipi.tq :) (di ubah suai sedikit ..)


AKU nak makan soto yg sedap dan tak berminyak, hmm.. jauhnya kedai soto di inanam tu, my favourite soto la di katakan....AKU puas hati ..aku sungguh puas hati..dgn sedikit kerajinan ku..dpt juga ku resipi yg setanding dgn soto inanam tu...malah lebih sedap lah kununnn...hehehe tak payah ke kedai tu lg..membazir ja duit..rm5.50 semangkuk ...

Bahan-Bahan:

2kg tulang daging + isi daging
2 biji bawang besar**
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk biji ketumbar
2 kiub perencah sup tulang/lembu
1 sudu besar lada hitam
sedikit kayu manis
biji cengkih
bunga lawang
5-6 liter air
Halia 1 inci**
5 biji bawang putih**
Garam & serbuk perasa

bahan-bahan utk kuah soto daging
*limau nipis @ambil jusnya -rm2
*bawang putih @ 10 ulas atau lebih
*sedikit cuka
*cili padi RM3
*cili besar merah@3 biji -buang biji
*sedikit cili kecil hijau
*gula 1 sudu teh
*garam 1 sudu teh
kicap
daun sup/daun bawang

cmpur dan kisar semua bahan-bahan bertanda *

rebus /reneh dgn api yg kecil daging/tulang dgn bahan-bahan yang lain seperti* bwang putih,halia,bawang besar dimayang halus.sehingga lembut ..sekurang kurangnya 2jam utk daging) kemdian masukkan kiub p/sup, kayu manis, bunga lawang dan cengkih. renehkan sehingga daging betul2 empuk..
dan bole lah di hidangkan..sup tulang dgn nasi putih ataupun soto daging dgn mee hoon..
*tak tumis bahan2 ** utk mengelakkan sup terlalu berminyak..
bole tumis klau nak aroma yg lebih wangi ..:)
PETUA..sup di biarkan semalaman..bole la buangkan minyak yg telah beku di atas sup...senangkan. atau bole guna alternatif yg lain utk membuang minyak.

Saturday, March 12, 2011

NASI LEMAK nyam ! nyam!

Lama juga AKU tercari cari resepi NASI LEMAK ni...nasi lemak mesti sedap, kurang pedas, wangi dan yg penting lembut adalah pilihan AKU..dan akhirnya ni la resipi nasi lemak yg ku inginkan..pendek kata hajat ku telah pun tercapai ...yesss! dan AKU nak share kpd semua pengemar2 nasi lemak! Sedikit tips utk:

*nasi: beras di rendam selama 1/2 jam
*sambal : pastikan sambal di masak lama di atas api yg kecil @ 30 min.

sumber : MYR tapi telah di ubah suai sedikit: terimakasih MYR..

Bahan-bahan ( 5 orang )

Bahan untuk nasi:-
3 cawan beras
1/2 biji kelapa: 3 cwn air santan
2 helai daun pandan - disimpul
halia 1/2 inci (di ketuk)
secubit garam

Bahan untuk sambal:-
* 6 sudu besar cili kering mesin (20 biji cili besar -di rendam dgn air panas
sehingga lembut , buang biji cili, tapis dan kisar halus dgn pengisar.
*4 sudu besar cili giling cap sampan
* 6 ulas bawang merah -kisar kasar
* 5 ulas bawang putih -kisar kasar
* 2 biji sederhana besar bawang besar - dihiris @ ambil 1/2 bwg besar dan kisar bersama dgn bwg mearah dan bwg putih.
* 1 mangkuk kecil penuh ikan bilis @ jenis kecil (mahal ) (dibasuh, di goreng:separuh darinya dikisar kasar
* serai 1 atau 2 btg di ketuk
1 sudu kecil paste asam jawa adabi
* garam n gula merah

Bahan sampingan lain :-
Ikan bilis goreng, telur rebus, ikan masin goreng , kacang goreng dan timun/tomato hiris.

Cara-cara

1.Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.

2.dgn menggunakan lebihan minyak( bekas tumisan ikan bilis) Tumis bawang besar Dan ketepikan., masukkan bawang2 yg dikisar( sehingga garing dan masukkan pula cili besar kisar , cili giling dan tumis lah sehingga naik minyak atau (30 min dgn api kcl)

3.Masukkan asam jawa , bawang besar tumis..kacau sebentar sehingga sebati, kemudian akhir sekali masukkan ikan bilis yg telah digoreng ,gula mearah.. garam tak perlu @ cukup dgn ikan bilis sahaja.. kacau sebati, tunggu sebentar atau masak sehingga agak pekat.

5. hidangkan panas2 dgn nasi lemak.
Related Posts with Thumbnails