Sunday, August 29, 2010

KUIH MAKMUR sedapp


RESIPI KUIHMAKMUR MY STYLE












Bahan-bahan:

500 gm tepung gandum: - sangai atas api kecil sehingga tepung berderai, cara zaman dulu dulu tepung di jemur..
1 biji putih telur
secubt garam
mentega ( guna butter brand churn )-ikut lembut

Bahan Inti:
300 gm kacang tanah
Gula icing

(70 gm gula halus + sedikit air =air gula-optional utk versi inti saja )
(2 sudu besar susu tepung nespray-optional)

Cara menyediakan:
1. Gaulkan semua bahan telur, mentega,garam dan tepung sehingga lembut dan boleh dibentukkan. sedikit melekit takpe..pasti hasilnya tak mengecewakan..he he
2.Kacang di goreng tanpa minyak sehngga kacang berwarna kekuningan atau garing
3.Buang kulit dan kisar kacang dan tinggalkan sedikit untuk di tumbuk kasar ( gaulkan dengan air gula dan susu tepung -inti optional
4.kacang tanah tadi digaulkan dengan tepung doh sehingga sebati.ambil sedikit doh dan bentukkan bulat.
5.6. Bakar dalam suhu 180C selama 20 - 25 minit.
7. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing. atau sedikit panas agar icing melekat
8. Simpan dalam balang kedap udara.

Saturday, August 28, 2010

BISKUT DAHLIA

Sumber: Norazie RN

Bahan-bahan:
300g Butter
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum
2 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

Hiasan:
Cherry merah - potong kecil secukupnya

Cara menyediakannya:
Pukul buter, gula aising hingga kembang.
Masukkan kuning telur, esen vanila kacau sebati.
Masukkan semua jenis tepung. gaul dan uli sebati. Terap atas loyang.
Utk hiasan ceri, boleh letakkan sekali.
Bakar 150C selama 20 min. (ishzah bakar selama 17 minit sahaja)

KUIH MAKMUR VERSI 3


SUMBER:MY RESIPI


Bahan2 doh :
11/2 kilo tepung gandum (di sangai)
250 g mentega - lembut (Golden Churn)
1 sb minyak sapi
1 sk garam halus

Bahan2 inti :-
600 g kacang tanah di panggang, buang kulit n dikisar*
250 g mentega - lembut *
400 g gula serbuk*
sedikit garam*
gula kastor/serbuk utk tabur secukupnya

Cara2 membuat doh :
Pukul mentega dan minyak sapi hingga 1/2 kembang dan masukkan tepung sedikit2 dan uli hingga boleh dibentukkan.Bubuh sedikit pewarna hijau jika ingin kuihnye kelihatan seperti daun.
Ambil sedikit adunan,leperkan dan isikan dgn inti yg tlh disediakan. Sepit diatasnya seperti bentuk daun , atur dlm dulang pembakar .
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 min. Setelah masak,tabur rata dgn gula.
Cara2 membuat inti(disediakan awal) :-

Satukan bahan bertanda *
Ambil sedikit inti dibulat2kan seperti guli2 kecil dan disimpan didlm petisejuk supaya inti tidak berderai ketika diisi ke dlm adunan doh

Friday, August 27, 2010

BISKUT WARNA WARNI

asal; BISKUT KERANG

Bahan-bahan :

7 auns mentega
6 auns gula halus
12 auns tepung
1 butir kuning telur
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh esen vanilla
sedikit serbuk koko (untuk warna)
pewarna merah
pewarna hijau

Kaedah penyediaan :

1. Krimkan mentega dan gula. Masukkan kuning telur.
2. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak bersama ke dalam adunan hingga mendapat doh yang lembut.
4. Bahagikan kepada 4 bahagian. Masukkan pewarna ke dalam 3 bahagian dan tinggalkan 1 bahagian dengan warna asal.
5. Masukkan dua doh berwarna ke dalam acuan. Tekan dan potong.
6. Susunkan biskut di atas loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak. Bakar hingga masak.

Thursday, August 26, 2010

DAGING MASAK MERAH


SUMBER MWANITA
diubahsuai sedikit.






Bahan-bahan

1 kilo daging direbus sehingga lembut dan air rebusan tinggal sedikit,rebus 3 hingga 4 jam. tos , hiris dan tambah dengan pewarna merah .

BAHAN A
6 tangkai cili merah
2 labu bwg besar
2 ulas bwg putih
1 inci halia
*semua bahan a di kisar halus

BAHAN B
1/2 cwn sos cili
1/2 cwn sos tiram
sedikit minyak, garam dan perasa/gula


Cara-cara

1.Tumiskan bahan a sehingga naik bau.

2. masukkan bahan b.

3. masukkan daging dan gaul sebati . tambahkan air rebusan tadi. masukkan garam dan perasa, biarkan di atas api sehingga naik minyak.angkat dan hidangkan,.

KUIH KOCI

Bahan-bahan ( 20 biji )

BAHAN2 UNTUK DOH:-
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air
BAHAN2 UNTUK INTI:-
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air
BAHAN2 LAIN:-
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara 1.UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

2.UNTUK DOH:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

3.UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.

4.Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.

5.Kemudian lipat seperti biasa.

6.Yang ini berbentuk bantal.

7.Dan yang ini berbentuk piramid 8.Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2. Tak lupa terima kasih padan bonda mat atas tunjuk cara utk resepi ini. Selamat mencuba..

SUP AYAM CELERY

SUP AYAM express VERSI SENDIRI

Bahan-Bahan: (3 0rang)

2 ketul dada ayam
3 ketul paha ayam

bahan A
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cengkih
1 bunga lawang
1 sudu kecil jintan manis
2 sudu besar minyak masak

bahan B
2 batang celery (potong memanjang 2 inci)
5 cwn air

Cara:
1. tumbuk bahan A dan tumis dengan jintan manis , cengkih dan bunga lawang , sehingga wangi dan masukkan ayam .biarkan sebentar selama 3 min ,kecilkan api ,tutup kuali .. gaul2 kan ayam agar tidak hangus..
2. kemudian masukkan air, apabila mendidih masukkan batang celery..renehkan dgn api yang kecil selama 10 min...
3. akhir sekali masukkan perasa dan secukup garam.. tunggu sebentar kemudian hidangkan...

KUIH LAPIS 2

KUIH LAPIS

Bahan-bahan:

150gm tepung beras
130gm tepung ubi
secubit garam
400 ml santan
300gm gula
300ml air
2-3helai daun pandan

Cara

1.Masak air dan gula bersama daun pandan sehingga gula hancur dan mendidih.
2.Gaulkan semua bahan dan tapiskan.
3.Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4.Masukkan pewarna merah dlm satu bahagian adunan dan biarkan warna putih dlm satu bahagian lagi.
5.Tambahkan air dalam kedua2 adunan supaya sukatannya sama.sukatan bg satu adunan adalah 500ml.
6.Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
7.Masukkan 1 senduk adunan putih (lebih kurang 100ml-150ml) dan kukus selama 5 minit.sukatan adunan bergantung kpd saiz loyang yg dipakai.
8.Lapiskan 1 senduk adunan merah dan kukus semula selama 5 minit.
9.Lapiskan adunan putih dan merah berselang seli sehingga adunan habis.
10. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

Wednesday, August 25, 2010

CHILE PEPPER COOKIE


Ingredients
Cookie:
12 tablespoons unsalted butter
3/4 cup sugar
1 large egg
1 tablespoon finely grated lemon zest
1 teaspoon pure vanilla extract
2 1/4 cups all-purpose flour
1/4 teaspoon salt
Cookie Paint:
2 large egg yolks, lightly beaten and separated in equal portions into 2 or more bowls or cups
food coloring
Directions
Preheat oven to 350 degrees F.


Soften the butter. In a mixing bowl, cream the sugar and butter and add the egg, lemon zest and vanilla. Beat until blended. Whisk together the flour and salt and gradually add them to the creamed mixture, on low speed. Add some water, a few drops at a time, until the dough starts to come away from the side of the bowl.

Roll out dough to 1/8-inch thickness on a lightly floured surface. Cut out chile pepper shapes, using a cookie cutter or freehand. Transfer shapes to greased or nonstick cookie sheets.

Using a few drops of food coloring at a time, color the egg yolk in each cup, as desired. Using a small, clean paint brush, paint the chile pepper red and its stem green.

Bake 8 to 12 minutes or until the cookies begin to brown around the edges. Dust with red or green sprinkles if desired.

KUIH PELITA



Lapisan atas

3 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
- Campurkan kesemua bahan dan dikisarkan.


Lapisan bawah

3 1/2 cawan santan cair
1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula pasir
3 helai daun pandan
Beberapa titik perisa pandan


Daun pandan dikisar bersama2 santan lalu diperah untuk diambil airnya. Campurkan dengan bahan2 yang lain dan dikisarkan.
Di dalam mangkuk plastik, letakkan 1 sk gula pasir.
Kemudian tuangkan lapisan bawah (hijau) lebih kurang 3 sudu besar.
Kukuskan sekejap sehngga lapisan atas keras sedikit kemudian tuang pula lapisan santan dibahagian atas.
Kukuskan selama 15 minit lagi. Balutkan penutup dengan tuala bersih supaya lapisan atas nampak cantik bila siap dikukus.

NASI BERIANI AYAM 2

Bahan-Bahan:

7 cwn Beras Basmathi.

1 sudu besar Minyak Sapi.

3 sudu besar Minyak Masak.

4 ulas bawang merah besar dihiris halus.

2 keping kulit kayu manis.

3 biji buah pelaga.

3 kuntum bunga lawang.

2 biji cengkih

5-8 biji buah gajus dan sedikit buah kismis.

3 sudu besar rempah beriani tulin.

Bahan untuk dikisar:1 biji bawang besar + 5 ulas bawang putih.

1 Biji bawang Besar dihiris halus untuk ditumis.

3 cwn susu cair

4 cwn air

Cara menyediakan:

TIPS

1.Sukat beras dengan menggunakan cawan.Sukat air yang digunakan mengikut persamaan beras.Sekira sukatan beras adalah lapan cawan; air yang diperlukan untuk memasak adalah 8 cawan juga.Ingatlah sukatan nisbah 1:1 ini adalah rahsia pengalaman masak nasi beriani.

2.Basuh beras dengan air hanya dua kali sahaja.Kekerapan basuh akan mengakibatkan nasi berkembang dan pecah.(dari pengalaman rendam beras yang telah basuh kira 10 minit dalam air panas membawa hasil nasi yang tak belekit dan cantik.Toskan beras yang telah dibasuh.

4.Apabila gorengannya mengeluarkan bau haruman, masukan air yang telah disukat kedalam adunan tadi.Diikuti oleh susu cair..air.Tutup dan perlu tunggu air akan mendidih.Masukan beras yang telah tos kedalamnya.Kacau rata-rata mengikut sama arah pusingan.Tutup tudung dan kecilkan api.Adalah hasil terbaik sekali sekiranya gunakan periok dan tentukan tiada wap terkeluar dengan meletakan beban keatas tudung periok tadi.Tunggu sehingga 20-30 minit atau wap yang tekanan tinggi akan keluar serata menandakan nasi telah masak.Buka tudung dan membalik-balikkan nasi supaya bergaul lapisan bawah dan atas.

Masa Masakan 45 minit







STEP 13


STEP 12


STEP 11


STEP 10


STEP 9


STEP 8


STEP 7


STEP 6


STEP 5


STEP 4


STEP 3


STEP 2


STEP 1






















NASI BERIANI AYAM


CARA saya..

mula-mula sekali, bersihkan ayam dan perap ayam bersama kunyit, garam, daun kari dan rempah kari daging (tak guna rempah kari ..anak tak ahan pedas). Peraplah mengikut berapa lama masa yang anda suka. perap 3 jam pun ok. lebih lama lg bagus.

Setelah diperap, bolehlah digoreng ayam itu menggunakan minyak yang banyak. Goreng ayam ini separuh masak.

mayang bawang merah halus-halus, tumbuk halia dan bawang putih, sehelai daun pandan dan 3 sudu rempah baryani faezah.

Untuk menanak nasi, mula-mula panaskan minyak sapi dan minyak jagung ( minyak kelapa sawit juga boleh digunakan)

Bila minyak sudah panas, tumis rempah ratus
Kemudian, tumis bahan-bahan tumbuk dan bahan hiris serta daun pandan ke dalam minyak tadi. Tumis hingga bawang menjadi garing dan menebarkan aroma keharuman.

Setelah agak garing, masukkan pula rempah baryani tadi. Kacau hingga rata dan garing.

Kemudian masukkan air ,Cara sukatan air semestinya mengikut sukatan beras. Contohnya jika anda masak beras 5 pot. Air juga mestilah 5 pot juga (2 pot susu cair + 3 pot air). Di sini SAYA memasak 7 pot beras. iaitu 3 pot susu cair + 4 pot air.

Setelah itu, masukkan pula susu cair yang sudah disukat sebentar tadi. Kacau hingga sebati. Kacau hingga rata. Setelah kuah mendidih , bolehlah dimasukkan ayam yang telah digoreng separuh masak, sebentar tadi. Masukkan garam dan serbuk perasa. Rasa tahap kemasinan yang anda inginkan.

Kemudian, bolehlah masukkan beras yang telah dicuci dan ditos sebentar tadi. Kacau rata tetapi jangan kuat-kuat kerana bimbang, beras basmathi ini akan patah. Tidak cantik lah nanti.
Semasa memasak boleh dibuka api besar. Tetapi bila air nasi semakin kering, sila kecilkan api dan alaskan periuk dengan pengalas supaya nasi di bahagian bawah tidak hangus sementara menunggu nasi di bahagian atas masak.






lapaarrr..MAMAK tolong bagi 3 NASI BERIANI AYAM LONGGOK..he he

AYAM BAKAR LADA HITAM BERMAYONS









1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah
1.Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
2.Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)
You might also like:

Tuesday, August 24, 2010

SIAKAP ASAM PEDAS THAI

SUMBER MAJALAH WANITA 06

Bahan-Bahan:
4 biji bawang putih(dikisar)
3 biji bawang merah(dikisar)
10 baji cili api(dikisar)
1 batang serai
2 sudu makan udang kering
sedikit air
sedikit kunyit hidup
1 ekor ikan siakap
Air untuk merebus ikan
1 biji nenas dipotong dadu
sadikit sayur kangkung

Cara-Caranya:

Bersihkan terlebih dahulu ikan siakap,kemudian rebuskan ikan tersebut dengan secukup air sehingga masak.Setelah masak,angkat ikan itu dan letakkan didalam bekas yang sesuai.Setelah itu,ambil air rebusan ikan tadi dan masakkannya bersama-sama bahan yang dikisar tadi.Kemudian,masukkan gula,garam dan sedikit air asam, jawa.Tunggu sebentar dan kumudian bolehlah anda memasukkan pula kangkung,nenas dan hirisan cili merah.Biarkan ia mendidih dan bolehlah anda mengangkatnya.Letak ikan tadi di bekas yang sesuai.Kemudian bolehlah anda tuangkan kuah diatas ikan tersebut mengikut kreativiti anda.

AYAM GORENG BEREMPAH









Bahan-bahan
* 1/2 ekor ayam - potong kecil2 - lumur garam kunyit

Bahan yang dikisar/tumbuk A
* 2 cb cili kisar
* 3-4 ulas bwg putih
* 3-4 ulas bwg merah
* 2 cm halia

Bahan B
* 1/2 ct jintan kasar
* 1/2 ct biji sawi
* 1 strip daun kari
* 2 cb susu cair
* 2 cb kicap pekat
* Air secukupnya
* Air asam jawa secukup rasa
* Garam, gula serta pepper powder
* 1 biji bwg besar - potong 6
* 2-3 biji kentang - potong ikut suka - goreng
* Daun ketumbar - hiris halus

Cara membuat
1. Ayam digoreng hingga masak tetapi jgn terlampau garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan2 A & B hingga wangi dan garing. Masukkan sedikit air.
3. Kecilkan api kemudian masukkan bahan2 perasa, susu cair, kicap pekat serta air asam jawa.
4. Sesuaikan rasa kemudian masukkan ayam, bawang besar serta kentang goreng. Kacau hingga sebati.
5. Padam api, masukkan ke dlm pinggan hidangan dan taburkan daun ketumbar (yg ita buat cam kat gambar kat atas nun tabur daun bwg & sup jer sbb tak dak daun ketumbar)

DAGING REMPAH MASAK KICAP SPECIAL

Bahan:
1/2 kg daging
4 ulas bawang putih
3 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
3 labu bawang besar
10 labu bawang merah
10 tangkai cili kering
2 sudu teh lada hitam
1/4 botol kicap
(semua bahan diatas dimesin,dan perap bersama daging selama sejam)

tumis bawang merah,halia,bawang
then masukkan semua bahan perap td
masukkan garam dan cukup rasa semua-hidangkan

PISANG APAM SPECIAL

Bahan-bahannya:

500 gm tepung beras

500 gm gula melaka / gula merah

4 biji pisang (dilenyek)

1 sudu jintan manis

1 biji kelapa (dipotong halus)

Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

Cairkan gula merah dengan air panas. Setelah cair, biarkan gula tersebut sejuk.

Kemudian, tapis gula dan masukkan tepung beras, serbuk jintan, pisang dan kelapa. Kacaukan adunan tersebut.

Panaskan kuali (kuali berlubang bulat khas untuk memasak unni appam).

Tuang minyak. Biarkan kuali panas.

Kemudian, tuang adunan tiga suku penuh ke dalam kuali. Bila separuh masak, terbalikkan appam.

Setelah masak, keluarkan appam dari kuali.

NAS BRIYANI DAGING

Bahan-Bahan:
4 cawan beras basmati (dibersihkan & ditoskan)
4 cawan air
¾ tin susu cair
600 gm daging
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk kas-kas
100 gm kacang gajus (dikisar halus)
¼ tin susu cair (disatukan untuk membuat tairu)
2 sudu besar jus limau nipis (disatukan untuk membuat tairu)
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar minyak sapi / marjerin
2 helai daun pandan
Garam & gula secukup rasa Bahan Kisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan Tumis:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
2 cm halia (dimayang)
1 tangkai daun kari
3 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
½ sudu kecil jintan manis
3 biji buah pelaga


Cara:
Daging dipotong lebar setebal 2 cm, dibersihkan & ditoskan. Panaskan minyak masak & minyak sapi & masukkan Bahan Menumis. Bila bawang kekuningan, masukkan Bahan Kisar, daging, rempah kurma, serbuk jintan manis, serbuk kas-kas & kacang gajus. Kacau hingga rata & biarkan hingga daging empuk & rempah pecah minyak. Tuangkan air, susu cair, tairu, daun pandan, garam & gula. Bila mendidih, masukkan beras dan kacau hingga rata. Bila air kering, kecilkan api & tutup periuk & biarkan hingga nasi masak. Gembur supaya nasi tidak berketul. Sebelum menghidang, tabur bawang goreng, daun sup & daun bawang yang dipotong halus ke atas nasi.

MEE REBUS

Bahan-bahan:
1 paket mee kuning - celur

Bahan sayuran:
50 sen Taugeh - celur
Sedikit daun sup - hiris nipis
Sedikit daun bawang - hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau - dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
Telur rebus - belah dua

Bahan-bahan kuah:
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah - kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih - kisar
RM 3 udang kering - kisar - lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup - direbus dan kisar halus
1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
garam secukup rasa
Sedikit ajinomoto
4 sudu sos tomato
Air - agak-agaklah

Cara memasak:
• Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.
• Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
• Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
• Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan

KENTANG PUTAR ALA KFC

Bahan-bahan ( 10 biji kentang )
10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
1 sk lada hitam di tumbuk halus
1/2 cawan fresh milk
garam secukup rasa
Cara-cara
Rebus kentang dgn sedikit garam
Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.5 sudu besar



sos ala kfc

650ML air
stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam
Cara-cara
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

NASI MINYAK TRADITIONAL

Bahan untuk nasi :
5 cawan beras basmathi
1 cawan susu cair
Air (ikut kelembutan beras)
Garam secukup rasa

Bahan untuk menumis :
3 ulas bawang merah - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris halus
2 kelopak bunga lawang
2 kuntuk bunga cengkeh
2 biji buah pelaga
3 inci kulit kayu manis
3 sudu minyak sapi (ghee)
2 sudu majerin atau butter
1 sudu minyak masak
Daun pandan - diikat simpul

Bahan hiasan :
Kismis, gajus goreng, badam
Hirisan daun bawang dan bawang goreng
Cili merah

Cara penyediaan :
Panaskan minyak, minyak sapi dan majerin/butter (kalau guna rice cooker lagi senang sebab nasi tidak berkerak). Masukkan bahan menumis dan kacau hingga kekuningan. Masukkan air dan daun pandan serta garam. Biarkan hingga mendidih, kemudian masukkan beras yang telah dibersih dan ditoskan tadi. Biarkan nasi kering dan masukkan susu cair pada peringkat nasi sudah masak. Kaup balikkan nasi di dalam periuk supaya ia masak serata pada bahagian atas dan bawah. Sendukkan nasi dan hiaskan dengan bahan hiasan tadi. Sedap dimakan bersama ayam masak merah, kurma daging, dalca dan acar.

BISKUT RANGUP INTI blackcurrant

Bahan-bahannya :
250 gm mentega
120 gm gula halus
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh vanilla
350 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
sedikit garam
jem blackcurrant
gula aising

Cara penyediaan :
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan kuning dan esen vanilla, pukul sehingga sebati. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul rata. Masukkan adunan kedalam piping bag dan pipe kan di atas loyang pembakar, jika suka boleh letak di dalam cawan kertas. Bakar menggunakan suhu yang sederhana selama 10 minit sehingga kekuningan. Sejukkan di atas redai dan isikan dengan jam dan ayak gula aising diatasnya.

BISKUT KACANG

Bahan-bahan :
200 gm kacang tanah - goreng tanpa minyak & tumbuk halus
200 gm gula halus
250 gm tepung gandum
minyak mazola
1 biji telur

Cara penyediaan :
Gaul tepung gandum, gula dan kacang tanah hingga sebati. Kemudian masukkan minyak mazola secukupnya hingga adunan menjadi lembut dan tidak berketul. Bulat-bulatkan adunan sebesar guli. Kemudian atur dalam dulang pembakar dan letakkan sebiji kacang sebagai hiasan di atasnya. Supaya kacang tidak terpisah daripada biskut selepas dibakar, sapukan kuning telur di atasnya dan hasilnya ia akan kelihatan lebih cantik.

KUIH CARA MANIS 2

1 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar
1 biji telur
sedikit pewarna hijau
sedikit garam
gula

1. Satukan kesemua bahan kecuali gula dlm blender, blend sebati
2. Panaskan acuan...sapukan minyak
3. Tuangkan adunan dlm acuan, taburkan sedikit gula ke dlm adunan
4. Tutupkan acuan dgn tudung periuk...biarkan seketika(gunakan api kecil), bolehlah dikeluarkan dr acuan

Monday, August 23, 2010

KERUTUK DAGING

Bahan-bahan ( 5 orang )

500g daging
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik
[bahan tumis]
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

Cara-cara

1.Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
2.Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3.Panaskan minyak
4.Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5.Kemudian masukkan campuran rempah tadi
6.Masak sehingga pecah minyak
7.Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
8.Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
9.Siap untuk dihidang.

DAGING KURMA

DAGING KURMA VERSI SENDIRI

Bahan-Bahan
1 kg daging lembu

Rempah Kisar
2 biji bawang besar -sebiji di kisar/sebiji lagi di belah empat
5 ulas bawang putih -kisar
1 inci halia -kisar)
7 sb rempah kurma - jenama adabi +jenama allagapas(dicampur dgn bahan kisar dan perap 3 jam.

3-4 cawan air
300 gm santan pekat
garam secukup rasa
2 btg cili hijau
2 btg cili merah
3 biji kentang (dibelah dua atau empat)
2 biji tomato (dibelah dua)
sedikit daun ketumbar

sedikit kayu manis
sedikit bunga cengkih
5 biji buah pelaga
secukup minyak masak -6 hingga 7 sb + 1 sudu besar minyak sapi


Cara:
1) Panaskan minyak & m.sapi dalam periuk. Masukkan cengkih, pelaga, kayu manis bersama rempah kisar. Tumis sehingga rempahnya garing. 15 min dengan api kecil.

2) Kemudian, masukkan pula daging bersama 3 cawan air dan masak hingga daging empuk. 3 hingga 4 jam .Seterusnya, masukkan santan pekat, kentang, cili hijau, merah.

3) Masak lagi hingga daging empuk sepenuhnya. Masukkan pula tomato dan daun ketumbar . Kecilkan api dan biarkan selama lebih kurang 5 minit sebelum dimatikan api. Keadaan kuahnya mestilah agak pekat dan tidak cair.

4) Enak dimakan bersama nasi, roti, dll.

BUBUR KACANG HIJAU

MENU UNTUK BERBUKA PUASA..TAK SEMPURNA BERBUKA PUASA KLAU TAKDE...he he

Bahan A
2 cwn kacang hijau (dibersihkan , rendam dgn air selama 30 min.dan bilas)-klau nak bubur kcg wangi lg..goreng tanpa minyak selama 5min.
4 cawan air
-rebus kacang hijau bersama air sehingga kacang 1/2 empuk (lebih kurang 20 minit)- jangan sampai kembang nanti tak sedap

Bahan B
3/4 cawan santan pekat (saya gunakan santan kotak harmuni)
1/4 cwn biji sagu
1/2 ketul /70 gm gula melaka
1 senduk rata besar gula pasir
½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara:
Setelah kacang empuk, masukkan kesemua Bahan B. Kacau sekali-sekala dan biarkan sehingga mendidih. Matikan api.


Nota:
1) tambahkan sedikit air jika kuah jd pekat
2) Kemanisan bubur boleh anda sesuaikan dgn citarasa anda. Kalau nak kurangkan pun boleh.

BISKUT SUJI 2





(16 oz) minyak sapi QBB


1 tin sederhana gula pasir (tin yg sama dgn minyak sapi) - di kisar jd serbuk


1 genggam tepung suji




Cara:


Gaul kesemua bahan dan uli hingga sebati. Kemudian bentukkan menjadi bebola kecil. Saiz terserah kpd citarasa anda. Bakar di dalam ketuhar sgn suhu kira-kira 160- 170 darjah Celsius sehingga masak.

KUIH MAKMUR 2





Bahan-Bahan
400 gm tepung
250 gm / 1 buku mentega
1 biji telur
Sedikit esen vanilla
Sedikit pewarna hijau - jika mahu

Caranya
Uli semua bahan di atas sehingga rata & boleh diterap dengan acuan bulat. Leperkan & masukkan sedikit inti kacang ke dalamnya. Bentukkan sedikit lonjong & dengan menggunakan penyepit, sepit seperti bentuk daun. Bakar dengan suhu 170 darjah Celcius sehingga masak atau kuihnya kekuningan. Setelah sejuk, susun & taburkan gula serbuk di atasnya.

Inti Kacang
300 g kacang tanah
210 g gula

Caranya
Kacang tanah digoreng tanpa minyak (disangai) dengan menggunakan api yg kecil. Setelah masak, angkat & sejukkan dahulu sebelum dibuang kulitnya. Kisar/tumbuk kasar sedikit.Campurkan gula & gaul rata.

TIPS:
½ bahagian kacang tanah DI kisar halus & lagi ½ tumbuk kasar sedikit.




biskut manggis
(sumber : Hafizah Adam)

bahan
200 g mentega
100 g gula caster
380 g tepung gandum, diayak
3 sudu makan tepung jagung, diayak
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit gajus, dibakar
1 biji telur, dikocok untuk disapu atas biskut


CARA
Dengan mengunakan senduk kayu, pukul mentega sebentar. Masukkan gula, kuning telur dan vanilla. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan keduadua jenis tepung, sedikit sedikit sambil dikacau hingga adunan menjadi rata dan sebati. Ambil 'h cawan adunan dan warnakan hijau. Ini untuk membuat tampuk dan tangkai manggis. Lebihan adunan diwarnakan unggu.

Ambil sedikit doh unggu, anggaran sebesar ibu jar dan dimasukkan kedalamnya 1 biji gajus. Kepal hingga bulat. Ambil pula sedikit doh hijau, bentukkan seperti tampuk dan tangkai menggis, lalu dilekatkan kepada bebola ungu, sehingga menjadi sebiji manggis yang cantik. Sapu diatasnya dengan telur dan bakarlah sehingga masak.

BISKUT HAWFLAKES STRAWBERRY











Bahan-Bahan:
2 biji kuning telur
250 gm mentega
200 gm gula halus
100 gm tepung jagung
400 gm tepung gandum
50 gm badam (dikisar)
sedikit badam (utk dibuat batang berwarna hijau)
100 gm buah asam gambir (haw flakes)-dikisar
2 sudu teh pewarna merah
2 sudu teh perisa strawberry (essence atau paste)
sedikit gula kaster utk ditabur atas biskut
sedikit putih telur utk pelekat badam

Cara:
1) Pukul mentega dan gula halus hingga sebati. masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga kembang. Kemudian masukkan pewarna merah dan perisa strawberry.

2) Masukkan tpg jagung, tpg gandum, badam kisar dan buah gambir. Gaul rata-rata.

3) Uli doh, kemudian canai utk membuat biskut.

4) Sapukan putih telur pada badam berwarna hijau dan letakkan di atas biskut.

5) Kemudian dibakar dalam oven pada suhu 180 darjah Celsius.

6) Taburkan gula kaster di atas biskut setelah dibakar.

Saturday, August 21, 2010

sagu gula melaka

Bahan-bahan ( 3 orang )
Bahan A :
1 cawan sagu
2 1/2 cawan air
Bahan B :
1 1/2 cawan santan
1/4 cawan gula pasir
secubit garam
Bahan C :
1 keping gula Melaka @ 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air
1/2 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara
1.Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
2.Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
3.Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
4.Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih. 5.Buang daun pandan dan sejukkan.
6.Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur. 7.Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
8.Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk .
9.hidangkan bersama dengan santan dan gula melaka

KARIPAP KENTANG DAGING

Bahan-bahan Inti:

3 biji kentang dipotong dadu.
200g daging cincang
2 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 sudu besar ikan bilis -ditumbuk
1 sudu besar udang kering-ditumbuk
Setangkai daun sup }dihiris
Sedikit gula & garam

Cara membuat inti:

Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan rempah kari, bila agak garing masukkan ikan bilis dan udang kering.
Masukkan daging dan kentang. Kacau sehingga setengah masak masukkan gula dan garam secukup rasa.
Sebelum diangkat masukkan daun sup.

Bahan-bahan untuk pastri/kulit:

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar majerin
air untuk menguli.} lebih kurang 1/4 cawan
secubit garam masukkan ke dalam air

Cara membuat kulit karipap:

Masukkan majerin ke dalam tepung. Ramas tepung & majerin hingga rata. Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam, uli sehingga menjadi doh. Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh.
Tips: kalau nak kentang cepat empuk dan inti cepat siap, kentang yang telah dipotong hendaklah direbus dahulu sehingga separuh masak. Baru lah di masukkan ke dalam kuali inti tadi.

Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup

Karipap Frozen, kalau nak buat...anda kena goreng separuh masak...kedian bekukan karipap...sebelum simpan...wrap dengan plastik kedap udara...Inti karipap..pastikan kering..jangan terlalu berminyak..biasanya boleh tahan selama 3 bulan.

MEE GORENG express

resipi keluarga yg simple tapi sedap.siap dalam 15 minit .



BAHAN-BAHAN (hidangan utk 3 org)


Sebungkus Mee kasar -cap udang ken chong dicelur dgn air panas-5 min

*2 ulas bwg merah-hiris

*3 ulas bawang putih-hiris

*2 sk udang kering

*udang segar 3 ekor

*2 sb kicap pekat

*2 sb kicap cair masin

*1 sk cuka

* sedikit kobis-hiris

*1/2 sk gula

*sedikit perasa

garam secukupnya

minyak utk menumis

CARA-CARA

Dalam bekas sederhana besar ,satukan mee, kicap cair, kicap pekat, garam, gula, perasa,cuka dan sedikit air(2sb air).gaulkan sehingga sebati.

1. tumiskan bawang sehingga wangi. masukkan udang kering, kemudian udang segar (1 min)..masukkan kobis, tutup dan biarkan sekejap..kemudian masukkan mee..gaul sehingga sebati..tambahkan sedikit air dan gaul sehingga mee sedikit basah..kemudian angkat dan boleh lah di ngapp.. bersama cili padi campur cuka dan kicap.. DAN telur goreng mata lembu...he he

GORENG CEMPEDAK

Bahan-bahannya
pisang raja/pisang melaka
75 gram tepung naik sendiri
60 gram tepung beras
1 camca besar tepung jagung
sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning
garam secukupnya
gula secukupnya (jika mahu)
sedikit air kapur (anggaran 1 sudu kecil - jangan terlalu banyak nanti pahit)
130 ml air
3 - 5 ketul ais (jangan terlalu banyak takut adunan cair)

Cara-caranya
Satukan bahan kering didalam mangkuk. Buatkan lubang di tengahnya, tuangkan air sambil gaul hingga sebati. Bila pekat dan boleh menyalut belakang sudu, biarkan bancuhan selama 10-15 minit. Pastikan minyak untuk menggoreng banyak dan cukup panas supaya pisang digoreng menjadi keemasan dan tidak menyerap minyak. Selepas bancuhan diperab untuk 10 - 15 minit dan minyak cukup panas, masukkan anggaran 3 - 5 ketul ais dalam adunan dan celup pisang dalam bancuhan dan terus goreng. Insyallah pisang akan menjadi ranggup
walaupun telah sejuk.
...More

PISANG GORENG

Bahan-bahannya
pisang sabah/pisang raja/pisang melaka
75 gram tepung naik sendiri
60 gram tepung beras
1 camca besar tepung jagung
sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning
garam secukupnya
gula secukupnya (jika mahu)
sedikit air kapur (anggaran 1 sudu kecil - jangan terlalu banyak nanti pahit)
130 ml air
3 - 5 ketul ais (jangan terlalu banyak takut adunan cair)

Cara-caranya
Satukan bahan kering didalam mangkuk. Buatkan lubang di tengahnya, tuangkan air sambil gaul hingga sebati. Bila pekat dan boleh menyalut belakang sudu, biarkan bancuhan selama 10-15 minit. Pastikan minyak untuk menggoreng banyak dan cukup panas supaya pisang digoreng menjadi keemasan dan tidak menyerap minyak. Selepas bancuhan diperab untuk 10 - 15 minit dan minyak cukup panas, masukkan anggaran 3 - 5 ketul ais dalam adunan dan celup pisang dalam bancuhan dan terus goreng. Insyallah pisang akan menjadi ranggup
walaupun telah sejuk.
...More

BISKUT NESTUM

Bahan-Bahan:
3 cawan nestum
1 ½ cawan gula halus 3 cawan tepung gandum
Minyak sapi (ikut lembut)

Cara:
Minyak sapi dicairkan terlebih dahulu dan sejukkan sebentar. Gaulkan semua bahan tadi kemudian masukkan minyak sapi tadi. Teraplah dengan acuan sesuka hati. Sebelum bakar, sapu kuning telur di atasnya dan bakar hingga kekuningan.

KUIH APAM PISANG KUKUS








Wednesday, January 20, 2010
BAHAN-BAHAN

Mentega 125g
Gula halus 190g
Telur 2 biji
Tepung naik sendiri 210g
Serbuk Bicarbonat soda 3/4 st
Esen vanila 3 titik
Pisang berangan 3 biji
susu cair 2 sb


a) pukul mentega dan gula hingga kembang .kira-kira 5 minit.kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.2 minit untuk sebiji telur. Tambah 3 titik esen vanila.
b)campurkan tepung berselang seli dengan campuran pisang dan susu cair.
c)kemudian kukus adunan ke dalam pengukus yg telah di sapu mentega selama 55 min ..
Posted by wfara07 at 10:10 PM

KUIH SERI AYU PANDAN


Bahan-bahan ( 15-20 biji )
1 biji telur
1/2 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan
1/2 sk ovellete
1/2 sk perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putin + dgn sikit tepung gandum dan garam

Cara-cara 1.pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg 2.masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati 3.isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 minit

KUIH SERI AYU COKLAT









Bahan-bahan :-
2 biji telur
1/2 cwn gula
1/2 sdk ovalete
1/2 cwn tepung gandum
1 sdb serbuk koko
kelapa parut putih + garam

Cara- cara :-
1. Pukul telur, gula dan ovalete hingga kembang dan pekat. [saya pukul sampai putih gebu tak hengat!]
2. Kemudian masukkan tepung dan serbuk koko yang telah diayak terlebih dahulu sedikit demi sedikit. [saya tuang terus then putarrrrrr sampai sebati].
3. Ambil sedikit kelapa parut yang telah digaul dgn sedikit garam dan masukkan ke dalam acuan. Tekan sedikit dan tuangkan adunan.
4. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak.

APPLE OAT MUFFINS











Ingredients
1 cup (150g) self-raising flour
1 cup (150g) plain flour
1 1/2 tsp baking powder
3/4 cup tightly packed brown sugar
1/2 cup rolled oats, plus 1 tbs extra
1 1/2 cups (375ml) vanilla yoghurt, at room temperature
2 eggs, lightly beaten
100ml light olive oil
1 red or green skinned apple, thinly sliced

Method
1 Preheat oven to 180°C. Grease 2 x 6 Texas (large) muffin pans with cooking spray or line with muffin cases.

Sift flours and baking powder together. Stir in sugar and oats. Whisk yoghurt, eggs and oil together. Add to flour, mix until just combined. Do not over-mix.

Divide mixture evenly into muffin pans until three-quarters full. Gently push slices of apple into mixture until covered and sprinkle with extra rolled oats.

Bake for 25 minutes or until golden in colour and cooked when tested. Cool for 5 minutes in pan before transferring to a wire cake rack. Serve warm.

Friday, August 20, 2010

CHERRY BISCUT









Cherry Cardamom Not-Garibaldi Biscuits


Makes approximately 6-7 long thin biscuits

Ingredients

100g butter

100g icing sugar

130g flour

1 separated egg

75g chopped dried sour cherries

3-4 pods cardamom, seeds removed from pods and crushed (I used the butt of my knife)


Method

1) Melt the butter in a large bowl

2) Add the flour and sugar and mix until smooth. Add one egg white and save the yolk.

3) Fold in the chopped cherries and the ground cardamom and form the dough into a ball.

4) Chill in the fridge for an hour and preheat your oven to 350/180.

5) Roll out the dough on a floured surface, shaping it into a rectangle. Cut the dough in strips and then brush with the reserved egg yolk and sprinkle with demerara sugar.

6) Bake for about 10 minutes until golden.

ECCLES CAKE


















Ingredients
Pastry:

•2 ½ cups plain white flour
/TEPUNG GANDUM
•1 cup softened butter/ GOLDEN CHURN BUTTER
•1 egg
•Pinch of salt
•1 tablespoon lemon juice
•very cold water
Filling:

Traditional Recipes from Old England

•1 cup dried currants
•¼ cup soft brown sugar
•2 tbs softened butter
•Pinch nutmeg
•milk for glazing
•white sugar for sprinkling
Method
Pastry:

1.Mix together flour and salt.
2.Rub in butter to make a mixture that looks like breadcrumbs.
3.Beat egg and add lemon juice and enough cold water to make up half a cup of liquid.
4.Mix well.
5.Stir a little of the liquid into the flour mixture until it becomes a rather sticky dough. You may not need all the liquid.
6.Wrap in cling film and chill in the fridge for at least 2 hours.
Filling:

1.Place currants in a bowl and cover with boiling water for 5 minutes.
2.Drain currants and put to one side.
3.Cream butter with sugar and add currants.
4.Stir in nutmeg.
Put it together:

1.Remove pastry from fridge and roll out quite thickly, about 1/8 inch (8mms).
2.Use a 3 ½ inch (9cms) cookie cutter or a glass, and cut rounds.
3.Place 2 generous teaspoons of filling in the middle of the round of pastry, and bring up edges to make a little pouch. Pinch to seal. Don’t worry about it being untidy.
4.Turn it over and flatten gently with fingers or a rolling pin to make a round cake. The sealed bit will now be underneath.
5.Place on a baking sheet. Repeat with remaining rounds of pastry.
6.Brush with milk and sprinkle with sugar.
7.With a knife or scissors, gently make 2 cuts in the top of each cake to allow the steam to escape.
8.Bake at 220 C / 425 F for about 10 minutes or until they are golden brown.
9.Allow to cool on a wire rack.
Variations:

•Add candied peel, grated orange zest or dried apple.
•Add allspice to the nutmeg.

APPLE PIE




Bahan-bahan ( 12-14 biji )
Bahan Inti:
2 biji apple hijau - potong dadu
1/3 cawan gula
1/2 sdk serbuk kayu manis
1 sdb perahan jus lemon
1 sdk tepung jagung + 1 sdb air

Bahan Pastri:
2 cawan tepung gandum
1 sdk garam
1/2 cawan butter - beku (sejuk)
1/2 cawan susu segar sejuk
**minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1.Inti: Dalam sauce pan campurkan apple, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.
2.Campurkan jus lemon. Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. Gaul dan masak sehingga dapat kepekatan yang ideal.
3.P/S: Jika anda rasa ada kekurangan pada rasa masam @ inti tersangat manis, bolehlah tambahkan perahan jus lemon bagi menyeimbangkan rasanya.
4.Pastri: Ayak tepung dan garam. Masukkan butter dan gaul menjadi seperti serbuk roti. (Gaul guna hujung jari)
5.Masukkan susu sedikit demi sedikit. Jika perlu, bolehlah tambahkan lagi susu. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat.
6.Canai doh atas papan canai dan potong dalam bentuk segiempat (8cmx4cm).
7.Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Kemudian, kelim atau lipat ke belakang. Lebih mudah, tekan dengan garfu. 8.Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan. Jika ingin pastri lebih rangup, simpan dulu dalam peti ais selama 1 jam sebelum digoreng.

KUIH LAPIS


BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad/jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam
sedikit pewarna merah



Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan

SAMBAL SOTONG

Bahan-Bahan:
½ kg sotong sederhana besar
20 tangkai cili kering - dikisar
8 ulas bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar 6 ulas bawang merah - dikisar
2 batang serai - dititik
150 gm asam jawa - diperah airnya
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Bersihkan sotong dan rebus di dalam air mendidih selama tiga minit, angkat dan rendam di dalam air sejuk. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga kekuningan. Masukkan cili kering dan tumis lebih kurang 20 minit. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sotong yang telah direbus dan kacau lebih kurang lima minit. Sebelum menghidang, hias mengikut citarasa masing-masing.

Thursday, August 19, 2010

ROTI ARAB GORENG 2


Bahan-bahan : hidangan utk 4-5 orang
250 g tepung gandum
2 sk yis mauripan
1 sb susu tepung (jika guna susu segar tak perlu guna susu tepung)
1 sb marjerin/mentega
1 sb gula
160ml -170 ml air suam (boleh campurkan dgn susu segar)
1/2 sk garam halus
Cara-cara :

Satukan yis bersama air suam dan gula. Bancuhkan hingga gula larut. Kemudian biarkan sebentar sehingga yis berbuih.
Di dalam bekas yg agak besar, ayakkan tepung. Satukan dgn garam, susu tepung dan marjerin/mentega. Gaul2kan rata2. Buatkan lubang di tengah2nya, kemudian tuangkan yis tadi. Kacau dan uli hingga menjadi doh yg licin.
Setelah itu, simpankan doh di dlm bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Biarkan ia naik selama 1 jam.
Sementara itu, bolehlah buat kari sardin, kari ikan, kari ayam dsbnya....hehe.
Keluarkan doh, uli sekali lagi dan bahagikan kpd beberapa bahagian (DJ suka buat yg kecik2 jer lagi kiut..hehe). Bulat2kan doh dan leperkan/canaikan. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.
Panaskan minyak secukupnya utk menggoreng.

KUIH CEMPIANG



Bahan- bahan untuk adunan:

tepung gandum 1kg
1 senduk minyak masak boleh digantikan dengan planta.
air suam 1 gelas
ranggi 5 gram
garam 1 sudu teh
gula 1 senduk

2 sudu mkn kicap pekat manis atau Rempah Lima Jenis(yg sedia dlm 1 peket)
1 Sudu Kecil Gula
1 Sudu Kecil Garam
2 Sudu mkn Air Suam

Cara-cara
1.Bancuh rempah lima jenis dgn air,garam dan gula. Ketepikan..
2.Canaikan doh .Nak roll yg cantik hendak la canai nipis sket..lepas tu potong bahagian tepi2 doh yg x rata(utk mhasilkan roll yg cantik dan kemas)
3.Kemudian,titikkan sedikit bancuhan rempah dan sapukan rata di atas doh yg dicanai.Jika takde berus mskn,bleh guna blkg sudu mkn je utk ratakn..
4.Setelah itu,lipat sedikit bahagian hujung doh dan mulalah menggulung sehingga ke hujungnya..kemas2kn sdikit.Kemudian potong doh menggunakn pisau anggaran 2cm setiap satu..
5.Ambil satu potongan td,tekan2 sedikit mggunakan tgn dan canai nipis ..ulang sehingga roll habis..Jika agak melekat,taburkn sedikit tepung..Panaskan minyak dan doh akan mulai naik.Masukkan roll td ke dlm minyak yg sdh dpanaskan dan apabila selepas 2 saat(atau tepi kuih mula mendidih)terus balikkan.Ini utk mengelakkan kuih anda 'lentik' di tghnya dan kuih x brp msk bhgn tgh..balik2kn kuih utk mdpt warna keperangan yg sempurna..
7.Angkat dan toskan setelah kuih bertukar keperangan sepenuhnya..SELAMAT MENCUBA.. (^_^)

KUIH AKOK



Bahan-bahan ( 36 biji )
5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus
Cara-cara
1.Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
2.Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung. 3
.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
4.Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

RESIPI roti ARAB


Bahan-bahan:

500 gram tepung roti
1 sudu teh garam
25 gram gula halus
25 gram marjerin
5 gram pemantap roti (bread improver)
5 gram pelembut roti (bread softener)
10 gram yis segera
250-280 ml air suam

Cara membuatnya:

Gaul sebati tepung bersama garam dan gula halus.
Masukkan marjerin bersama pemantap roti dan pelembut roti. Gaul lagi.
Masukkan yis dan air sedikit demi sedikit. Uli selama 10 minit.
Biarkan adunan kenyal dan tutup dengan tuala kering selama 10 minit lagi.
Uli semula adunan dan bahagikan beberapa bahagian seberat 120 gram.
Bentukkan bulat-bulat dan tutup dengan kain kering selama 10 minit lagi.
Canaikan doh setebal 2 cm dan letakkan ke dalam loyang pembakar yang telah dioles rata dengan mentega.
Bakar pada suhu 210 °c selama 20 minit atau sehingga masak.
Jika mahu keperangan di atasnya, bakar seketika.
Sapukan mentega di atasnya untuk kelihatan cantik berkilat.

ROTI ARAB GORENG

Bahan-bahan ( 16 biji )
BAHAN A :
1 peket (11gm) yis mauripan
1 Sb gula
1/4 cawan air
BAHAN B :
500 gm tepung gandum
1 sk garam
1 sb gula
2 sb marjerin @ mentega
200 ml susu cair
minyak utk menggoreng
Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa menguli.

Cara-cara
1.penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.
2.Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
3.kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.
4.Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.
5.tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
6.selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
7.Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.
8.bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
9.alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.
10.Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.SELAMAT MENCUBA..!

ROTI BUN 2

Bahan-Bahan:
200gm tepung roti
10gm margerin
5gm ibu roti
125ml air (separuh air,separuh UHT milk)
garam secubit
¼ sudu tea gula
Cara:
1. Tepung di ayak terlebih dahulu
2. Ibu roti, gula dan sedikit air di bancuh dalam mangkuk, supaya cepat naik dan untuk memastikan ibu roti itu elok/hidup.
3. Campurkan kesemua bahan dan di uli hingga sebati.
4. Di tutup dengan kain lembab, dan pastikan ia menjadi "double" size.
5. Di uli balek dan di bentukkan mengikut saiz.
6. Bila sudah kembang/naik sapukan telur (egg wash )
7. Di bakar dalam oven 200C, selama 20-25 minit.

ROTI NASI

Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )
80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1 sudu kecil garam

Cara-cara
1.Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
2.kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
3.masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
4.rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
5.kemudian terap doh memanjang dan lipat 3
6.letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
7.keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
8.sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner.

ROTI PAUN BULAT










Bahan-bahan ( 2-3 loyang sederhana )
1 sudu kecil yis kalau nk cepat naik taruk 2- 21/2 sudu kecil.
1cawan air suam
½ cawan gula
½ cawan marjerin/butter
Tepung gandum bergantung masa menguli.
sedikit minyak utk dilenserkan diatas roti

Cara-cara 1.1 cawan air suam dicampurkan yis biarkan seketika hingga larut. Sediakan besen tarukkan sedikit gandum lebih kurang ½ cawan kedalamnya. Kemudian masukkan air suam yg bercampur yis tadi kedlm besen yg berisi gandum.
2.Kemudian masukkan pula gula kacau hingga gula hancur. Kemudian masukkan marjerin/butter kedalamnya kacau sampai sebati.
3.Sesudah itu di letak sedikit demi sedikit tepung gandum di adun sampai boleh diuli. Jangan diisi terlampau banyak tepung takut jadi keras Cuma agak2 boleh diuli dgn tangan dan tidak melekat ditangan sahaja sampai menjadi doh yg lembut. Kemudian doh direhatkan sehingga ½ - 45 minit.. kemudian boleh dibentukkan bulat2 (ikut suka hati) dan di susun ke dlm loyang yg telah dialas baking paper (mcm MIL buat dia alas daun pisang-fuhyo naik dan bangkit bau dia).
4.Dibiarkan naik sampai 2 kali ganda lepas itu dilenserkan minyak ke atas roti yg dah kembang kemudian bolehlah dibakar dgn kepanasan 180C selama 10-15minit dlm oven yg telah di panaskan terlebih dahulu.. gambar atas dah kembang tunggu nk masak tu

SALMON STEAK







Bahan-bahan ( 2 orang )
2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh, tak payah besar sgt, i beli terlalu besar)
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam
Secubit lada hitam
*1 cawan mashed potatoes atau nasi putih (I guna nasi jepun, tanpa cuka) >> bagi yg suka mkn nasi, masak lah lebih sikit.
Bahan-bahan untuk sos
2 sudu besar majerin atau mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
1 cawan susu segar
Secubit garam
Secubit lada hitam
Cara-cara 1.Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan. 2.Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak. 3.Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi. 4.Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih.

SEAFOOD LASAGNA






bahan

6 keping kulit lasagna (bergantung pada saiz pan dan saiz kulit lasagna)
2 cawan mozarella cheese(dipotong kecil)*
2 cawan cottage cheese*
1 biji telur*
basil leaf*
(* dicampurkan dalam 1 bekas)
campuran seafood (isi ketam, isi udang, sotong dll) ikut suka byk mana
Untuk sos putih :
4 sudu besar butter
4 sudu besar tepung gandum
3 cawan susu segar
sedikit garam
Cara-cara 1.Masak dan toskan kulit lasagna atau masak mengikut cara pada kotak lasagna. 2.Untuk buat sos putih, masukkan butter, tepung dan susu segar dalam periuk dan kacau sentiasa sehingga agak pekat.Jangan terlalu pekat. 3.Dalam pan/ caserole 9x13, letak 1 cawan sos putih. 4.Kemudian letakkan 1 lapisan lasagna. 5.Tuangkan lebih kurang 1 cwn campuran cheese, basil leaf dan telur td. 6.Letakkan campuran seafood.Ikut suka nak byk mane. Bagi yg tak bole mkn seafood bole tukar dgn isi ayam. 7.Ulang cara-cara 3-6 sampai habis. 8.Akhir sekali, taburkan parmesan cheese di atas lasagna td. 9.Tutup dgn aluminium foil dan bakar lebih kurang 30 minit

SERUNDING DAGING

Bahan-Bahan:
1 biji kelapa (dibuang kulit arinya & diparut)
¾ cawan minyak
5 ulas bawang merah (dihiris tipis)
500 gm daging lembu yang telah dicincang

Bahan giling:
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm kunyit hidup
2 hiris lengkuas 2 helai daun limau purut atau
1 helai daun kunyit
1 sudu air limau nipis
2 hewlai daum salam

5-8 batang lada merah
2 sudu garam
1 sudu gula pasir
2 sudu gula merah
Cara:
Pijarkan minyak di atas api yang sederhana & tumiskan baewang merah.Masukkan bahan giling & teruskan menggoreng selama 5 minit. Masukkan daging cincang & goreng selama 8-10 minit.Masukkan semua jenis daun tadi. Besarkan api, & goreng sambil membalik-balikkan campuran air limau nipis & angkat dari api. Ketepikan daun-daun itu. Sejukkan & masukkan ke dalam botol.Hidangkan sebagai sajian tambahan kepada hidangan utama.

SUP CENDAWAN CAMPR KAILAN

Bahan-Bahan:
Bawang putih-
Halia- ditumbuk
cili api-
cendawan
kailan besar
garam
lada putih
minyak
Air
Cara:
tumis bawang putih,halia & cili api yang telah ditumbuk sampai naik bau, masukkan air mengikut sukatan periuk (3 cawan air). Tunggu hingga menggelegak.
Setelah mendidih/menggelegak masukkan garam, sedikit white pepper & cendawan.
tutup api. Sementara itu, kailan jgn dipotong tetapi patahkan satu2 mengikut turutan. kailan hanya dimasukkan apabila sedia untuk makan tengahari @ mkn malam.
Cadangan Hidangan:
Panaskan kembali sup tadi untuk masak kailan kerana kailan terlalu lembut sekiranya masak awal & tidak segar hanya perlu masak ketika ingin menghidang.

SUP TAUHU

Bahan-Bahan:
5 ekor udang
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sebiji ubi kentang (bersaiz besar)
2 ketul tauhu (dipotong dadu)
Sebungkus pucuk kering (yg di campur dgn suhun)
1 tangkai daun sup& daun bawang
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak masak
Cara:
Masukkan minyak ke dalam periuk.tumiskan udang 1 minit an ketepikan. Tumiskan bawang putih & merah sehingga kekuningan.

Masukkan air & biar sehingga mendidih. Kemudian masukkan ubi kentang yang dipotong dadu dan diarkan sehingga empuk.

Setelah ubi kentang masak, masukkan udang ,tauhu,suhun, pucuk kering yang telah direndam sehingga kembang itu serta garam secukup rasa. Masukkan daun sup dan daun bawang.

Tunggu sekejap, kemudian boleh dihidangkan.

TOFU ALA CINA

Bahan-Bahan:
3 tiub tofu telur
3 ulas bawang putih (diketuk)
½ inci halia (diketuk)
1 sudukecil serbuk lada putih/lada sulah
1 ½ sudu makan sos tiram
½ sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan ½ gelas air)
Garam secukup rasa
Cara:
1. Tofu telur dipotong silinder. Bagi lebih mudah, potong dua dahulu dengan tiub plastik pembungkusnya, keluarkan kemudian potong kepada 6 bahagian.

2. Goreng dulu tofu secara tenggelam (deep-fry). Apabila tofu tidak lagi melekat dan berwarna keperangan, angkat dan ketepikan.

4. Panaskan sedikit minyak atas api yang sederhana, tumis bawang putih dan halia.

5. Masukkan sos tiram dan kacau.

6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan dengan segera masukkan garam, lada sulah secukup rasa.

7. Kacau kuah supaya tidak menjadi terlalu pekat.

8. Tuangkan kuah keatas tofu yang telah digoreng tadi (Tofu terlebih dahulu disusun dalam pinggan).

TOM YAM AYAM

Bahan-bahan ( 3-4 org )
½ ekor ayam (dipotong kecil)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
2 batang serai (dititik)
1 sudu besar pes tom yam
4 helai daun limau purut
2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
3-4 cawan air
garam & perasa
sedikit minyak
sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)
Cara-cara 1.Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang. 2.Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar). 3.Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau. 4.Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa. 5.Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap. 6.Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api. 7.TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.

TOM YAM CAMPUR

Bahan-Bahan:
100 gm isi ayam tanpa tulang
50 gm daging
5 ekor sotong
7 ekor udang sederhana besar
4 helai daun limau purut
Satu sudu air perahan limau nipis
Sedikit bunga kobis 500 ml air masak
Dua batang serai
Bawang besar (dipotong empat)
Bawang kecil (ditumbuk kasar)
Cili padi (ditumbuk kasar)
Air stok rebusan ayam
Sebiji tomato
Garam dan ajinomoto
Cara:
Masukkan air rebusan ke dalam periuk. Biarkan seketika.

Masukkan bawang besar,bawang putih, serai dan cili padi ke dalam air rebusan yang hampir mendidih.

Masukkan hirisan ayam dan daging ke dalam periuk.

Apabila campuran sudah mendidih, masukkan sotong dan udang.

Seterusnya masukkan bunga kobis.

Akhir sekali masukkan garam, ajinomoto, air limau nipis dan daun limau purut.

Kacau bahan-bahan dan biarkan mendidih seketika.

Tutup api dan hidangkan panas-panas.
Tambahan:
Bolehlah menggunakan paste tom yam jika memerlukan rasa tambahan.

boleh mencampurkan lain-lain jenis sayuran mengikut citarasa.

TOM YAM

Tom Yam Poh Teh
Sumber: Majalah Anis Jun 1999
Hits: 2263 Rating: 10.00 Review: 0 Email this Recipe Print this Recipe

Bahan-Bahan:
Sepotong ikan siakap
10 ekor udang
200 gm sotong
3 biji tomato
2 biji bawang besar (dimayang)
2 batang serai
2 helai daun limau purut 100 gm cendawan putih (dikoyak kasar)
Garam
Gula
Perahan air asam limau
2 keping hirisan lengkuas (dimayang)
10 biji cili api (ditumbuk kasar)
Daun ketumbar
Cara:
Jerang tiga sendul besar air.

Sementara itu, tumbuk serai. Bubuh dalam air bersama-sama daun limau purut. Biarkan mendidih.

Masukkan udang, sotong dan ikan.

Apabila mendidih masukkan tomato, bawang besar, cendawan dan lengkuas.

Masukkan garam, gula,perahan air asam limau dan cili api.

Hiaskan dengan ketumbar dan hidangkan.

MEE REBUS

Bahan-Bahan:
300 gm mee kuning (dicelur)
100 gm tauge
200 gm udang
200 gm daging (dihiris)
100 gm sawi (dihiris)
2 keping tauhu goreng (dihiris)
1 biji cili hijau (dihiris)
1 keping fish cake (dihiris) 1 mangkuk stok daging
2 biji keledek (rebus & dilecek)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu besar cili kisar
Garam & minyak masak
Cara:
Panaskan minyka masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, udang kering & cili kisar hingga garing. Masukkan stok daging, keledek & daging. Masak hingga daging lembut. Kemudian masukkan udang, sawi, fish cake & garam. Biarkan merenih hingga mendidih. Angkat & hidangkan.
Cadangan Hidangan:
Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan telur rebus, tauhu goreng & cili hiris.

KUIH SAGU

Bahan-bahan

1 cawan sagu - rendam 10 minit dan toskan
1/2 cawan gula
1.5 cawan air
1/2 cawan kelapa parut
sedikit garam untuk diletak dalam kelapa parut
Cara-cara
1.Masak air dengan gula hingga mendidih dan tutup api.
2.Masukkan pewarna dengan sagu kacau sebentar.
3.Masukkan dalam acuan lompang dan kukus lebih kurang 10 minit.
4.Potong la ikut suka bentuk nyer..dan salut dengan kelapa parut.
5.Note : Klu nak dapat kuih sagu yang cantik dan nampak lagi biji2 nyer tu..better kukus..Mmg hasil memuaskan dari masak atas dapur.

KUIH KASTURI(KACANG HIJAU)

Bahan-bahan:
300gm kacang hijau - rendam 4 jam
150gm gula pasir
150gm kelapa parut putih
50gm tepung gandum
garam secukup rasa

Bahan2 batter:
120gm tepung beras
60gm tepung gandum
1 biji telur
secubit kapur + 1 camt air - larutkan
garam secukup rasa
120ml air

cara:



kacang hijau yang telah direndam tadi direbus sehingga empuk
bila semua airnya hampir kering masukkan bahan2 yang lain
kacau sehingga sebati
kemudian ambil sedikit dan bentukkan menjadi bulat dan tekankan menjadi leper
untuk bahan2 batter satukan semua bahan dan agak2 kecairan yang dikehendaki
ambil satu kuih dan celupkan ke dalam batter tadi dan goreng sehingga keemasan
angkat dan hidangkan

KUIH PUTERI AYU

Bahan-bahan ( 55 biji )
4 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telor
1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
1 sudu makan ovelette
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh pewarna hijau
Inti kelapa
1 biji kelapa parut putih sahaja
2 sudu teh garam
1 sudu makan tepong ubi
Cara-cara 1.Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan. 2.Putar telor + gula sehingga betul2 kembang. 3.Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati. 4.Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis. 5.Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata. 6.Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.

KUIH PENJARAM mamawafi









Bahan-bahan:

1 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula merah )
11/4 cwn gula pasir )
2 cwn air panas
1/2 sudu teh garam

PETUA utk melembutkan kuih penjaram*** versi mamawafi
*1/4 cwn tepung beras pulut + 1/4 cwn air * optional
cuba la..pasti sukeee..!!
PERISA PANDAN:

* blender 5 helai daun pandan(POTONG KECIL2) dgn i cwn air.TAPIS..
*1 cwn lg utk air panas-
gula biasa 2 cwn)

*sebatikan adunan mcm biasa..lepas tu cmpur 3 atau 4 titik pewarna hijau


cara membuatnya:

1.Bancuh kedua-dua jenis tepung dengan air gula yang telah sejuk.
2.Diperam selama semalaman atau 2 malam tp pastikan simpan dlm peti sejuk
3.Dengan satu senduk bulat, ceduk adunan dan tuang ke dalam minyak panas dgn api yg sederhana kecil. dan klau terlalu panas kuih akan hangus dan keras
4.pastikan x di terbalik jika tepung di bahagian atas blm masak. sesudah masak kedua dua bahagian,angkat dan toskan.

KUIH LOYANG

Kuih Loyang
Bahan-bahan:

1 paket tepung beras
Santan dari sebiji kelapa
2 biji telur ayam
3 cawan gula
Garam secukup rasa
Minyak

Cara membuatnya:

1.Telur dipukul dengan gula.
2.Bancuh tepung dengan adunan telur dan masukkan santan.
3.Panaskan minyak dan rendam acuan di dalam minyak.
4.Setelah acuan panas, celupkan acuan dalam bancuhan tepung seperti dilihat dalam gambar.
5.Angkat acuan dari adunan dan masukkan ke dalam kuali.
6.Goyang-goyangkan acuan untuk menangggalkan kuih dari acuan.

Nama-nama lain untuk Kuih Loyang:

1.Kuih goyang
2.Kuih cap
3.Kuih ros
Related Posts with Thumbnails