Thursday, August 19, 2010

KUIH LAPIS

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula pasir - boleh tambahkan jika suka lebih manis
3 cawan santan - tambah jika perlu
1 camt garam
sedikit pewarna merah
1/2 camt esen rose - optional

cara:


panaskan kukusan
sapukan loyang 8 inci/20cm dengan sedikit minyak supaya kuih tidak melekat
masukkan loyang di dalam kukusan tadi
kemudian campurkan kesemua bahan kecuali pewarna merah dan esen rose
gaulkan sehingga sebati dan tepung tidak berbentil
tapiskan adunan dan bahagikan kepada dua bahagian
satu bahagian di masukkan dengan pewarna merah dan gaulkan rata
satu bahagian lagi di masukkan dengan esen rose dan gaulkan rata
setelah itu tuangkan satu senduk lapisan asal ke dalam loyang dan kukuskan selama 6-8 min atau sehingga masak
kemudian masukkan pula satu senduk lapisan warna merah dan kukuskan lagi selama 6-8 min atau sehingga masak
ulangi sehingga kedua2 adunan habis digunakan dan untuk lapisan terakhir kukuskan selama 10 min

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails