Saturday, August 21, 2010

PISANG GORENG

Bahan-bahannya
pisang sabah/pisang raja/pisang melaka
75 gram tepung naik sendiri
60 gram tepung beras
1 camca besar tepung jagung
sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning
garam secukupnya
gula secukupnya (jika mahu)
sedikit air kapur (anggaran 1 sudu kecil - jangan terlalu banyak nanti pahit)
130 ml air
3 - 5 ketul ais (jangan terlalu banyak takut adunan cair)

Cara-caranya
Satukan bahan kering didalam mangkuk. Buatkan lubang di tengahnya, tuangkan air sambil gaul hingga sebati. Bila pekat dan boleh menyalut belakang sudu, biarkan bancuhan selama 10-15 minit. Pastikan minyak untuk menggoreng banyak dan cukup panas supaya pisang digoreng menjadi keemasan dan tidak menyerap minyak. Selepas bancuhan diperab untuk 10 - 15 minit dan minyak cukup panas, masukkan anggaran 3 - 5 ketul ais dalam adunan dan celup pisang dalam bancuhan dan terus goreng. Insyallah pisang akan menjadi ranggup
walaupun telah sejuk.
...More

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails