Bahan-Bahan:
1KG ikan tenggiri
100 gm bawang merah
30 gm bawang putih
30 gm halia
30 gm kunyit hidup 150 gm cili boh
10 biji asam akob-akob (boleh juga digantikan dengan asam keping atau asam jawa secukup rasa)
5 batang serai
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Cara:
Bersihkan ikan dan potong setebal 2 hingga 3 inci. Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan cili boh digiling halus. Masukkan bahan giling, cili boh, serai, air asam jawa dan bahan perasa ke dalam kuali. Gaul hingga sebati. Masukkan ikan dan masak sehingga mendidih. Kecilkan api dan rendidihkan sehingga pekat. Sedap dimakan setelah disimpan semalaman dan dimakan bersama jeruk bambangan. SEDAP JIKA DI GORENG SELEPAS SEMALAMAN
No comments:
Post a Comment