Friday, October 22, 2010

ROTI PURI INTI kacang hitam

sumber asal:roti puri MYR..

Dah penat cari resipi.. mcm makcik jual di gerai..SUDA MENJADI KUIH FAVOURITE ...
3 biji kecik2 RM1 ..akhirnya jumpa resipi ni...yg telah diubah suai sedikit.. puas hati..dpt makan free ..pakai air tangan sendiri....

Bahan-bahan ( 12 biji )
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula *
1 cwn air panas *
air secukupnya..40ml ..
Minyak utk mengoreng

Cara-cara

1.satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .

2.satukan tepung dan yis .. gaulkan

3.no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja

4.dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~

5.tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat di tgn (tambah air klau doh masi keras.dan tambah sedikit minyak /tepung klau doh masi melekat di tangan..)

6.perap doh 30min .. pastu blh la dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil

7.canai doh nipis cam karipap ,masukkan inti kacang hitam..bulatkan..kemudian canai sekali
lg..menjadi nipis 1cm..x terlalu nipis nanti inti terkeluar

8.goreng sehingga kuning keemasan..

9.TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong

10.masa mengoreng hdklah disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA

Friday, October 15, 2010

ROTI SAJ








1 sb yis mauripan
1 Sb gula atau susu pekat -kacau dalam air suam
1 1/2 cwn air suam
3 1/2 cwn tepung
1/2 st garam
sedikit minyak

Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
Selesai diuli, ketepikan 1 jam…tutup kejap dgn plastik.
Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (Akak bahagikan kepada 10/11 ketul)…dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung. (Akak salut minyak)
Pastu terus je ambil seketul (*tak perlu tunggu roti naik dah yea) dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati…….bila masak angkat…. ( masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah….sedap dan kenyang….

biskut choc ala famous amous

Bahan-bahan:

1 cawan butter
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bicarbonat
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang
2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)
12 oz. chocolate chips ( brand Hershey)
1/2 s/k garam
9 oz. chocolate Cadbury (parut)
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cawan chopped nuts ( walnut, almond & hazel)
1 s/k vanilla

Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.
4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.
5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius

ROTI MARBLE

Bahan-bahan ( sesuai untuk si manja anda )

200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 sudu besar butter atau marjerin
140 ml susu segar
1 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air


Cara-cara

1.masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
2.perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.

3.Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.

4.satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.

5.tutupkan keseluruhan adunan tadi

6.potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang.

7.letak dlm sandwish loaf.

8.Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.

9.siap dibakar dan sejukkan atas redai. Selamat mencuba

Tuesday, October 12, 2010

MUSHROOM SOUP SHINTAKE

Bahan-bahan

4 sudu makan minyak zaitun
200gm cendawan shitake - dikukus dan dihiris
4 biji bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } dicincang
1 helai daun bawang }
10gm daun pasli
375ml susu segar
1 liter stok ayam
garam dan lada sulah secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan minyak zaitun dan masak cendawan hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih, bawang besar, bawang merah dan daun bawang cincang. Biarkan selama 5 minit.
3. Tuangkan stok ayam dan biarkan mendidih.
4. Masukkan cendawan dan biarkan hingga lembut.
5. Masukkan sup kedalam pengisar dan kisar hingga gebu.
6. Masukkan semula kedalam periuk dan tambahkan susu segar. Kacau rata.
7. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
8. Biarkan seketika didalam periuk tetapi jangan sampai mendidih. angkat dan hiaskan dengan daun pasli.

Sunday, October 10, 2010

KEK COKLAT tanpa telur

Bahan-bahan ( 18cmX18cm )
1 cawan / 120 gram tepung gandum
1 cawan / 180gram gula halus
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1/3 cawan / 80ml minyak sayuran atau minyak masak
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil vanilla
1 cawan air sejuk

Cara-cara

1.Dalam mixing bowl, masukkan semua bahan yang kering (tepung, gula, koko, baking soda, baking powder, garam). Gaul sebati.

2.Pastu, masukkan semua kandungan cecair, (minyak, cuka, vanilla, air) dan gaul sebati.

3.Masukkan dalam loyang yang dah disapu mentega/minyak sedikit.

4.Bakar dalam oven pada 180C selama 30 min atau hingga tester bersih bila dicucuk keluar dari kek.

5.Boleh dihias dengan frosting kegemaran masing2.

6.NOTE: Saya guna measurement cup untuk resepi ni.

Saturday, October 9, 2010

BUTTER ICING kek/ topping coklat

Bahan-bahan ( Boleh hias sebiji kek 1 kilo )
250gm butter
150gm shortening
250gm icing sugar (diayak dulu)
2 sudu besar susu segar
Pewarna ikut suka

Cara-cara
1.Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...
2.Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut 3.Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata...



TOPPING COKLAT
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai sebati ...hiaskan ke atas kek yg dah sejuk

KEK COKLAT KUKUS minyak daisy

Bahan-bahan

2 cawan tepung blue key
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
1 cawan milo
1 cawan serbuk koko vochelle
4 biji telur ayam
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara-cara

1.masukkan semua bahan2 dalam mangkuk besar....
2.kacau dengan sudip besar..kacau tangan je...jangan guna mixer...nanti telebih naik....tak jadi
3.bila semua bahan2 dah sebati dalam 5 minit je kacaunye....
4.tapis adunan yag dah siap
5.didihkan periuk pengukus dan kukus selama 40 minit
6.dah siap...kalo nak letak topping lagik best....

sumber :kwn2 internet..
*TIPS BERGUNA PASTI TAK MENGECEWAKAN... masak adunan di atas api kecil sehingga sebati atau permukaan adunan berkilat sedikit.. (5 min sanbil kacau adunan>>.)

kek sya baru siap di kukus..sedappp.. tq pada empunya resipi :)

Friday, October 8, 2010

asam pedas tenggiri

Bahan-bahan

3 keping ikan tenggiri
Bahan kisar:-
3 biji bawang merah
10biji cili kering
1/2 in halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 in kunyit hidup
2 ulas bawang putih
Bahan tumis:-
@ 1/2 bawang besar-hiris
@ 1/4 sudu teh biji sawi
@ 1/4 sudu teh halba
@ 2 tangkai daun kari
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
1 biji tomato-potong2
5 biji kacang bendi
1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
minyak masak
garam dan gula jika suka

Cara-cara
1.panaskan minyak. tumis bahan tumis. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.

2.masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.

3.masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

sumber: mat gebu

Bahan-bahan ( 3 hingga 4 org )

3 - 4 ekor ikan kembong, kalau dpt yg segar, dibersihkan.
1 cawan cili kisar
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia *
1 keping hirisan lengkuas*
3 biji buah keras*
Belacan sebesar ibu jari (boleh juga diganti dgn kiub ikan bilis pada mereka yg alergi pada belacan)*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 camca teh garam kasar*(*dimasukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga betul2 lumat)
2 kuntum bunga kantan, dibelah 2
1 biji nanas sederhana besar, seelok2nya yg masak dan manis
1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka)
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1.Nanas dikupas kulitnya dan belah 4. Buang empulur dan potong menyerong setiap belahan. Ketepikan

2.Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak.

3.Masukkan nanas dan kacau goreng dalam rempah2 tadi sebentar. Tuangkan sedikit air (ini bergantung pada masing2). Biarkan mendidih dan masukkan ikan dan bunga kantan tadi.

4.Perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biar mendidih. Rasa kuahnya. Jika kurang garam boleh lah ditambah dgn sedikit lagi garam. Masukkan sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.

5.Biarkan mendidih 5 minit lagi dan boleh lah dimatikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam2 sampingan

NASI BRIYANI DAGING

Bahan-bahan ( 4org )

3 cwn beras basmathi
sedikit rempah tumis
*6 ulas bwg merah (blend)
*5 ulas bwg putih (blend)
*2"halia (blend)
setengah biji bwg besar (hiris)
sedikit daun pudina, daun bawang. daun sup
2-3 tbsp minyak sapi
1tsp garam
sedikit pewarna kuning
gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
2tbsp rempah baryani
4 setengah cwn air
setengah cwn susu cair

Cara-cara
1.panaskan minyak sapi,kemudian tumis rempah tumis dan rempah baryani

2.masukkan bawang hiris..gorengkan sebentar.kemudian,masukkan pula 2tbsp campuran bwg merah+halia+bwg putih yg di blend tadi.(baki campuran yg di blend akan diguna utk kuah daging baryani).

3.masukkan air..tunggu sampai didih

4.masukkan daun bwg,daun pudina,daun sup.masukkan juga garam.kemudian..masukkan pula beras.kacaukan

5.pindahkan periuk ke dalam rice cooker.biar nasi masak

6.bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yg ade dlm periuk tu.kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya.titikkan pewarna..kacaukan.

7.masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging baryani ke dalam nasi.kacau rata. masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi)

8.masukkan gajus dan kismis.sedia untuk di hidangkan...

NASI DAGANG

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
**NASI**
# 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
# 1/2 tin santan
# garam dan gula
# 1 sudu besar halba
# bawang dan halia (hiris halus2)
# air

**GULAI IKAN TONGKOL**
$ 1 tin santan
$ 1 biji bawang besar $ 3 ulas bawang putih $ 2 cm halia $ 4 cm lengkuas } di'blend'
15-20 tangkai cili kering
$ 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
$ 6 keping asam keping
$ garam dan secubit ajinomoto
$ gula
$ 5-6 biji cili padi
$ 1 ekor ikan tongkol
$ 1 cm belacan

**ACAR**
& 2 batang timun
& 1 batang lobak merah
& 1/2 biji bawang besar
& 1 biji lada besar
& cuka, garam, gula

Cara-cara 1.

NASI:

Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia.

GULAI IKAN TONGKOL:

Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.

ACAR:

Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

NASI TMATO

Bahan-bahan ( 4 orang )
2 cawan beras basmati (BERAS FAIZA BASMATI)
2 biji tomato-potong dadu
2 1/2cawan air
1/2 cawan susu
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan
sedikit garam

Bahan tumis

2 sudu mentega/ minyak sapi
2cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih-hiris
1/4 bawang besar dihiris

Bawang goreng (hiasan)

Cara-cara
*Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
*Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau *.Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
*.Masaklah nasi macam biasa. 5.Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit
## Bahan-bahan kisar ##
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato
## Bahan Hias ##
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya
Cara-cara 1.Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak 2.Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak. 3.Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan. 4.Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

PAJERI NENAS

Bahan-Bahan:
2 biji nenas
3 camca besar ketumbar serbuk
1 camca besar jintan putih serbuk
1 camca besar jintan manis serbuk
2 camca besar cili serbuk
1 camca besar kunyit serbuk
4 camca besar kerisik dibancuh dengan sedikit air(OPTIONAL) X LETAK..X SUKA KERISIK
10 biji lada merah (dibelah-belah dibuang biji)
Halia sebesar ibu jari (dihiris nipis) 10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar (dihiris)
10 ulas bawang putih (dihiris)
3 camca besar gula
5 biji bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis (penumis)
5 biji buah pelaga
1 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara:
Nenas dipotong bulat dan dibuang mempulurnya. Rebus hingga masak tapi jangan terlalu lembik. Kemudian ditapis buang airnya. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan penumis dan bahan-bahan hiris. Kacau rata hingga kuning. Masukkan rempah sambil dikacau rata. Masaklah hingga naik minyak. Masukkan gula, nenas rebus dan cili merah. Masukkan garam secukup rasa.

SAYUR CAMPUR SEAFOOD

Bahan-Bahan:
200 gm bunga kubis
5 tangkai putik jagung
1 batang lobak merah
10 biji cendawan butang
150 gm udang
½ sudu besar tepung jagung
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 biji cili merah (dihiris halus)
Garam secukup rasa
1 sudu besar kicap cair

Cara:
Potong semua jenis sayur mengikut suka. Tumis bawang putih sehingga garing. Masukkan udang..Setelah itu, masukkan pula kicap cair. Masukkan pula semua jenis sayur tadi dan cili merah.

Bancuh tepung jagung dengan setengah cawan air dan masukkan ke dalam sayur tadi. Bubuh garam secukup rasa dan balik-balikkan sekejap. Angkat dan hidangkan panas-panas

SAMBAL BELACAN

SUMBER:yani MYR
Bahan-bahan ( 1 mangkuk )
1 cawan cili padi
1/4 cawan gula
1/4 cawan garam
1 sudu besar belacan
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar
1/2 biji lemon diambil airnya
Sedikit air masak
Cara-cara 1.Bakar belacan selama 2 minit atau nampak garing 2.Masak bawang besar dgn microwave dengan suhu 600w selama 2 minit atau boleh juga dibakar 3.Kemudian kisar semua bahan-bahan di atas 4.Siap untuk dihidang

Friday, October 1, 2010

PETUA MEMBUAT KEK

Petua2 buat kek...copy dari internet tp dah cuba ikuti petua ni... memang kek jadi..he he intenet tetap jadi pilihan ku..

1) nak tahu dah cukup kembang ke tak . Senduk adunan butter & gula yg dipukul tadi dgn senduk kayu ...lps tu tuang semula...kalau nampak mcm nak jatuh adunan tu kira dah kembang la tu...
2) Kalau x de mixer, pukul dgn senduk kayu...1 arah shj...kalau ikut jam, ikut jam sampai habis...jgn caca-merba
3) Oven kena panaskan dulu sblm masukkan kek
4) Kedudukan tempat dlm oven gak...ngah dah lupa pasal ni...tapi ngah biasa letak kat tgh2

Lain2 tips-
- Pastikan mentega tidak terlalu keras atau terlalu lembik.

- Ratakan sekeliling adunan kek (sebelum dibakar) dan pastikan bahagian tengahnya 'berlubang' supaya ia rata bila masak nanti.

-Telur dan butter letak kat luar suhu bilik sampai lembut butter dan telur tak sejuk.
-Guna speed medium hand mixer, pukul gula ngan butter skali masuk sampai lembut kaler kuning pucat or fluffy skit. Tak boleh terlebih pukul. Kalu nampak butter ngan gula separate maknanye terlebih pukul.
-Slowkan speed mixer tapi jangan padam. Perlahan² pecahkan sebiji telur kedalam mangkuk gula+butter tadik. Pukul sampai rata / tak nampak telur lagi. Ulang teknik ini sampai telur habis. INgat: JANGAN LETAK HIGH/MEDIUM SPEED. Pukul adunan sampai tak nampak traces of eggs.
- Bila dah abis telur, berhenti pukul. Dengan spatula leper, kaup satu scoop tepung kedalam adunan. Bancuh tepung dengan adunan perlahan² dengan cara scooping. Jangan buat cara putar. Caranya: masukkan spatula seolah2 cam nak scoop, scoop adunan, n then scoop kat tempat lain plak. THIS IS IMPORTANT TO REDUCE THE AMOUNT OF AIR LOSS. Kalu tak paham part ni, mesej aku.
-Last skali baru masuk perasa kek. Kalu guna essence, letak skang. Kalu gune oren/lemon, letak skang. Cara gaul perasa ni sama cam gaul tepung tadi.

Important:
1. JANGAN LUPA BIARKAN TELUR NGAN BUTTER DALAM SUHU BILIK SEBELUM STAT MASAK.
2. SUHU OVEN 350F/178C
3. JANGAN TERLEBIH PUKUL BUTTER. KALU DAH SIAP Semua NAK BAKAR, TENGOK ADUNAN BUTTER TERASING DARI ADUNAN MAKNaNYa TAK JADI KEK TU.
4. KALaU NAK BUAT DUA ADUANAN, DOUBLEKAN SUKATAN BAHAN².
5. LAST TAPI PENTING Sekal, BARANG UTENSILS YANG DIGUNAKAN, SATU PUN TAK LEH BASAH. BASAH TAK JADI.
Related Posts with Thumbnails