Saturday, October 9, 2010

BUTTER ICING kek/ topping coklat

Bahan-bahan ( Boleh hias sebiji kek 1 kilo )
250gm butter
150gm shortening
250gm icing sugar (diayak dulu)
2 sudu besar susu segar
Pewarna ikut suka

Cara-cara
1.Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...
2.Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut 3.Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata...



TOPPING COKLAT
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai sebati ...hiaskan ke atas kek yg dah sejuk

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails