Berbagai variasi masakan yang mudah dan ringkas. Resipi-resipi dari internet.. pilihan kami yang terbukti sedap DAN MENEPATI CITARASA ....
Wednesday, August 18, 2010
KUIH MAKMUR
Bahan-Bahan:
100gm minyak sapi
100gm butter
300gm tepung gandum
50gm brown sugar Kacang tanah(goreng tanpa minyak
dan buang kulitnya alu kisar kasar)
Secukup gula halus
Gula ising utk ditabur atas kuih
Cara:
Cairkan minyak sapi & butter dalam periuk kecil ditas api yang sederhana. Setelah kaduanya cair & bersatu. Ketepikan dan tunggu hingga campuran minyak tersebut benar2 sejuk.
Didalam mangkuk adunan, putarkan brown sugar serta gabungan minyak yg telah sejuk tadi sehingga gula larut. Akhir sekali, masukkan tepung dan gaulkan hingga bersatu.
Didalam mangkuk yg lain, campurkan kacang dan gula halus. Sesuaikan rasanya. Ambil sedikit tepung adunan dan bentukkan sebagaimana kita membuat kuih makmur,lalu isikan inti,tutup dan terus bentuk dgn penyepit.
Jangan tunggu hingga selesai adunan baru disepit kerana tepung akan cepat kering & menyukarkan kerja menyepit.
Setelah selesai, susun dlm dulang pembakar(jgn terlalu rapat kerana kuih akan mengembang 2 kali ganda) dan bakar pada suhu 200 darjah celsius selama 15min atau hingga kuih masak. Setelah masak, sejukkan kuih dan taburkan dgn gula ising.
Tambahan:
Adunan seeloknya jgn dibentuk terlalu besar krn ia akan mengembang 2kali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment