Tuesday, August 17, 2010

GULAI IKAN KEMBUNG



Bahan-bahan ( 2-3 orang )
2 ekor ikan kembung-
1cm lengkuas
1cm kunyit
1 sudu besar cili giling
1 keping asam gelugur/keping /asam jawa sebesar ibu jari
3-4 biiji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 biji lada hijau
santan (kotak)-sukatan 1/4 dari kotak campur dgn 1/2 cwn air.
timun-optional

Cara-cara

Bersihkan ikan,lumur dgn serbuk kunyit dan sediki garam, goreng sampai warna kekuningan (jangan sampai keras) dan ketepikan.
Tumbuk lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.tumis hingga wangi.masukkan santan dan asam gelugor. Masak sehingga santan mendidih (api yg kecil tau).
Kemudian masukkan ikan. Biarkan sebentar dengan api yg kecil sehingga kuah sedikit pekat. tambahkan perasa dan garam.
masukkan lada hijau
optional- timun.Masakkan lagi dalam 3-4 minit. Kemudian padamkan api.

1 comment:

  1. Nak try la... Mcm masakan kelantan kn ni ehehe.. :)
    sara-sweet-touch.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails