Thursday, August 19, 2010

KUIH KOSUI PANDAN

Bahan-bahan:
Lapisan gula merah:
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu makan tepung pulut
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
3 cawan air
2 camt air kapur makan

Lapisan pandan:
7 helai daun pandan
150ml air
3/4 cawan gula pasir
400ml air
sedikit pewarna hijau - optional
150gm tepung beras
70gm tepung ubi
1 camt air kapur makan

kepala parut putih
sedikit garam

cara:


untuk lapisan gula merah: kisar semua bahan sehingga sebati dan tapiskan
ketepikan
untuk lapisan pandan: kisar daun pandan dengan 150ml air dan tapiskan
kemudian campurkan dengan semua bahan2 yang lain dan kisarkan
tapis dan ketepikan
lapikkan loyang ukuran 11 inci dengan plastik dan griskan dengan sedikit minyak supaya senang untuk keluarkan kuih
panaskan kukusan
sukatkan 1 1/2 cawan adunan gula merah dan tuangkan ke dalam loyang
kukuskan selama 10 min atau sehingga adunan keras sedikit
kemudian sukatkan lagi 1 1/2 cawan adunan lapisan pandan dan tuangkan ke atas lapisan gula merah yang telah dikukuskan tadi
lapiskan satu persatu sehingga habis kedua2 adunan digunakan
setelah masak keluarkan loyang dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong
sebelum dihidangkan gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails