Wednesday, August 25, 2010

NASI BERIANI AYAM 2

Bahan-Bahan:

7 cwn Beras Basmathi.

1 sudu besar Minyak Sapi.

3 sudu besar Minyak Masak.

4 ulas bawang merah besar dihiris halus.

2 keping kulit kayu manis.

3 biji buah pelaga.

3 kuntum bunga lawang.

2 biji cengkih

5-8 biji buah gajus dan sedikit buah kismis.

3 sudu besar rempah beriani tulin.

Bahan untuk dikisar:1 biji bawang besar + 5 ulas bawang putih.

1 Biji bawang Besar dihiris halus untuk ditumis.

3 cwn susu cair

4 cwn air

Cara menyediakan:

TIPS

1.Sukat beras dengan menggunakan cawan.Sukat air yang digunakan mengikut persamaan beras.Sekira sukatan beras adalah lapan cawan; air yang diperlukan untuk memasak adalah 8 cawan juga.Ingatlah sukatan nisbah 1:1 ini adalah rahsia pengalaman masak nasi beriani.

2.Basuh beras dengan air hanya dua kali sahaja.Kekerapan basuh akan mengakibatkan nasi berkembang dan pecah.(dari pengalaman rendam beras yang telah basuh kira 10 minit dalam air panas membawa hasil nasi yang tak belekit dan cantik.Toskan beras yang telah dibasuh.

4.Apabila gorengannya mengeluarkan bau haruman, masukan air yang telah disukat kedalam adunan tadi.Diikuti oleh susu cair..air.Tutup dan perlu tunggu air akan mendidih.Masukan beras yang telah tos kedalamnya.Kacau rata-rata mengikut sama arah pusingan.Tutup tudung dan kecilkan api.Adalah hasil terbaik sekali sekiranya gunakan periok dan tentukan tiada wap terkeluar dengan meletakan beban keatas tudung periok tadi.Tunggu sehingga 20-30 minit atau wap yang tekanan tinggi akan keluar serata menandakan nasi telah masak.Buka tudung dan membalik-balikkan nasi supaya bergaul lapisan bawah dan atas.

Masa Masakan 45 minit







STEP 13


STEP 12


STEP 11


STEP 10


STEP 9


STEP 8


STEP 7


STEP 6


STEP 5


STEP 4


STEP 3


STEP 2


STEP 1






















NASI BERIANI AYAM


CARA saya..

mula-mula sekali, bersihkan ayam dan perap ayam bersama kunyit, garam, daun kari dan rempah kari daging (tak guna rempah kari ..anak tak ahan pedas). Peraplah mengikut berapa lama masa yang anda suka. perap 3 jam pun ok. lebih lama lg bagus.

Setelah diperap, bolehlah digoreng ayam itu menggunakan minyak yang banyak. Goreng ayam ini separuh masak.

mayang bawang merah halus-halus, tumbuk halia dan bawang putih, sehelai daun pandan dan 3 sudu rempah baryani faezah.

Untuk menanak nasi, mula-mula panaskan minyak sapi dan minyak jagung ( minyak kelapa sawit juga boleh digunakan)

Bila minyak sudah panas, tumis rempah ratus
Kemudian, tumis bahan-bahan tumbuk dan bahan hiris serta daun pandan ke dalam minyak tadi. Tumis hingga bawang menjadi garing dan menebarkan aroma keharuman.

Setelah agak garing, masukkan pula rempah baryani tadi. Kacau hingga rata dan garing.

Kemudian masukkan air ,Cara sukatan air semestinya mengikut sukatan beras. Contohnya jika anda masak beras 5 pot. Air juga mestilah 5 pot juga (2 pot susu cair + 3 pot air). Di sini SAYA memasak 7 pot beras. iaitu 3 pot susu cair + 4 pot air.

Setelah itu, masukkan pula susu cair yang sudah disukat sebentar tadi. Kacau hingga sebati. Kacau hingga rata. Setelah kuah mendidih , bolehlah dimasukkan ayam yang telah digoreng separuh masak, sebentar tadi. Masukkan garam dan serbuk perasa. Rasa tahap kemasinan yang anda inginkan.

Kemudian, bolehlah masukkan beras yang telah dicuci dan ditos sebentar tadi. Kacau rata tetapi jangan kuat-kuat kerana bimbang, beras basmathi ini akan patah. Tidak cantik lah nanti.
Semasa memasak boleh dibuka api besar. Tetapi bila air nasi semakin kering, sila kecilkan api dan alaskan periuk dengan pengalas supaya nasi di bahagian bawah tidak hangus sementara menunggu nasi di bahagian atas masak.






lapaarrr..MAMAK tolong bagi 3 NASI BERIANI AYAM LONGGOK..he he

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails