Thursday, August 19, 2010

KUIH PUTERI AYU

Bahan-bahan ( 55 biji )
4 cawan tepong gandum
1 1/2 cawan gula caster
3 biji telor
1 1/2 cawan santan ( di ambil dari 1 paket ( 50 gm )santan segera +1 1/2 cwn air )
1 sudu makan ovelette
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh pewarna hijau
Inti kelapa
1 biji kelapa parut putih sahaja
2 sudu teh garam
1 sudu makan tepong ubi
Cara-cara 1.Ayak tepong bersama baking powder, ketepikan. 2.Putar telor + gula sehingga betul2 kembang. 3.Masukkan ovelette dan pewarna hijau, putar lagi sehingga sebati. 4.Masukkan tepong sedikit demi sedikit berselangseli dengan santan sehingga habis. 5.Inti kelapa- satukan semua bahan, gaul sehingga rata. 6.Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan2 dalam acuan tadi, tuang adunan. Kukus selama 5 minit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails