Saturday, March 12, 2011

NASI LEMAK nyam ! nyam!

Lama juga AKU tercari cari resepi NASI LEMAK ni...nasi lemak mesti sedap, kurang pedas, wangi dan yg penting lembut adalah pilihan AKU..dan akhirnya ni la resipi nasi lemak yg ku inginkan..pendek kata hajat ku telah pun tercapai ...yesss! dan AKU nak share kpd semua pengemar2 nasi lemak! Sedikit tips utk:

*nasi: beras di rendam selama 1/2 jam
*sambal : pastikan sambal di masak lama di atas api yg kecil @ 30 min.

sumber : MYR tapi telah di ubah suai sedikit: terimakasih MYR..

Bahan-bahan ( 5 orang )

Bahan untuk nasi:-
3 cawan beras
1/2 biji kelapa: 3 cwn air santan
2 helai daun pandan - disimpul
halia 1/2 inci (di ketuk)
secubit garam

Bahan untuk sambal:-
* 6 sudu besar cili kering mesin (20 biji cili besar -di rendam dgn air panas
sehingga lembut , buang biji cili, tapis dan kisar halus dgn pengisar.
*4 sudu besar cili giling cap sampan
* 6 ulas bawang merah -kisar kasar
* 5 ulas bawang putih -kisar kasar
* 2 biji sederhana besar bawang besar - dihiris @ ambil 1/2 bwg besar dan kisar bersama dgn bwg mearah dan bwg putih.
* 1 mangkuk kecil penuh ikan bilis @ jenis kecil (mahal ) (dibasuh, di goreng:separuh darinya dikisar kasar
* serai 1 atau 2 btg di ketuk
1 sudu kecil paste asam jawa adabi
* garam n gula merah

Bahan sampingan lain :-
Ikan bilis goreng, telur rebus, ikan masin goreng , kacang goreng dan timun/tomato hiris.

Cara-cara

1.Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.

2.dgn menggunakan lebihan minyak( bekas tumisan ikan bilis) Tumis bawang besar Dan ketepikan., masukkan bawang2 yg dikisar( sehingga garing dan masukkan pula cili besar kisar , cili giling dan tumis lah sehingga naik minyak atau (30 min dgn api kcl)

3.Masukkan asam jawa , bawang besar tumis..kacau sebentar sehingga sebati, kemudian akhir sekali masukkan ikan bilis yg telah digoreng ,gula mearah.. garam tak perlu @ cukup dgn ikan bilis sahaja.. kacau sebati, tunggu sebentar atau masak sehingga agak pekat.

5. hidangkan panas2 dgn nasi lemak.

Friday, January 28, 2011

kek coklat lapis cheese kukus
















sumber: mesra net
personal rating *****

Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
3/4 cawan gula pasir (kalau nak manis sukatan 1 cwn)
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
½ cawan susu manis
1 ¼ cawan tepung gandum
1tsp baking powder
3/4 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

*adunan coklat*

Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung.

**inti cream cheese**
250g cream cheese
60g gula castor
1 biji telur gred A
1 sudu mkn besar jus lemon/jus oren sunquick
25ml air


campur semua bahan inti,kecuali telur.pukul sampai kembang kemudian,masukkan telur..pukul lagi sampai rata

cara lapis

masukkan separuh adunan coklat, kukus dalam loyang yg dah di alas dgn minyak dan sedikit tepung.kukus selama 10 minit

masukkan pula inti cheese..dan kukus selama 10 minit lg

masukkan baki adunan coklat,kukus lagi selama 30 minit.

Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap. setelah kukus angkat dan sejuk kan .

Tuesday, January 18, 2011

kek puding caramel





sumber: myr

rating *****

Bahan-bahan ( 20cm )

karamel
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air

Puding
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila

Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan

Cara-cara

1.Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.

2.Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.

3.Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.

4.Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.

5.Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.

6.Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.

7.Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.

8.Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.

9.Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.

10.Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.

11.Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)

12.Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Tuesday, January 11, 2011

SIMPLE cake MEASUREMENT

Simple chart for simple measurement
1 oz = 25 gm
9 oz = 250 gm
16 oz (1ib) = 450 gm
2lb 4 oz = 1 kg
1 cwn mentega = 250 gm
1 cwn tepung = 125 gm
2 cwn tepung = 250 gm
1 camca kecil/teh = 5 gm

APAM TAPAIKU SEDAP


sumber:MYR

rating:*****


guna setengah adunan dari resipi asal (15 cawan kecil)
Bahan2:

1 cwn tapai nasi )
250gm tepung beras
1 cwn gula
2 cwn air
1 pkt eno (guna 1pkt supaya apam tersenyum..hihi
kelapa parut dan sedikit garam

Cara:

1.Mesinkan gula, air dan tapai tadi hingga halus.
2.Masukkan terpung beras dan mesin hingga sebati dgn 2 cwn air.
3.Biarkan hingga kembang (bancuh 10pm..esoknya 8am kukus....
4.masukan eno dlm bancuhan tepung yg dah diperap , tambah pewarna jika suka dan sudukan ke dlm acuan (mangkuk2 porcelin yg kecil2 tu)
dan kukus. (20 min gitu) -lps kukus 7 min..sya guna api kecil
6.apabila masak ,bolehlah di hidangkan bersama kelapa parut yg di campur sedikit garam


cara membuat tapai

Bahan-bahan :
untuk membuat Tapai nasi

2 cawan nasi sejuk
1/2 keping ragi (rsgi yg manis)

Cara Membuatnya :
1. Untuk membuat tapai nasi, hancurkan ragi hingga jadi serbuk dan taburkan atas nasi. Gaul sebati dengan sudu atau tangan mestilah kering. Masukkan kedalam bekas bertutup dan simpan dalam almari. Peramkan 2 malam.atau sekurang-kurangnya 24jam.

RESIPI ASAL
Bahan2:

2 cwn tapai nasi (Nasi yg di camput ngan ragi dan dibiarkan sekurang2nya 12 jam)
500gm tepung beras
2 cwn gula
4 cwn air
1 pkt eno
pewarna

Friday, October 22, 2010

ROTI PURI INTI kacang hitam

sumber asal:roti puri MYR..

Dah penat cari resipi.. mcm makcik jual di gerai..SUDA MENJADI KUIH FAVOURITE ...
3 biji kecik2 RM1 ..akhirnya jumpa resipi ni...yg telah diubah suai sedikit.. puas hati..dpt makan free ..pakai air tangan sendiri....

Bahan-bahan ( 12 biji )
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula *
1 cwn air panas *
air secukupnya..40ml ..
Minyak utk mengoreng

Cara-cara

1.satukan bahan bertanda (*) n panaskan .. kacau sehingga gula hancur n tutup api .

2.satukan tepung dan yis .. gaulkan

3.no.1 dimasukkn kedlm no.2 , dan digaul dgn mgunakn garfu sehingga bercampur sahaja

4.dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~

5.tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat di tgn (tambah air klau doh masi keras.dan tambah sedikit minyak /tepung klau doh masi melekat di tangan..)

6.perap doh 30min .. pastu blh la dibahagikn doh pd 12 bhgian bulat yg kecil

7.canai doh nipis cam karipap ,masukkan inti kacang hitam..bulatkan..kemudian canai sekali
lg..menjadi nipis 1cm..x terlalu nipis nanti inti terkeluar

8.goreng sehingga kuning keemasan..

9.TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembong

10.masa mengoreng hdklah disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ... SELAMAT MENCUBA
Related Posts with Thumbnails