Lama juga AKU tercari cari resepi NASI LEMAK ni...nasi lemak mesti sedap, kurang pedas, wangi dan yg penting lembut adalah pilihan AKU..dan akhirnya ni la resipi nasi lemak yg ku inginkan..pendek kata hajat ku telah pun tercapai ...yesss! dan AKU nak share kpd semua pengemar2 nasi lemak! Sedikit tips utk:
*nasi: beras di rendam selama 1/2 jam
*sambal : pastikan sambal di masak lama di atas api yg kecil @ 30 min.
sumber : MYR tapi telah di ubah suai sedikit: terimakasih MYR..
Bahan-bahan ( 5 orang )
Bahan untuk nasi:-
3 cawan beras
1/2 biji kelapa: 3 cwn air santan
2 helai daun pandan - disimpul
halia 1/2 inci (di ketuk)
secubit garam
Bahan untuk sambal:-
* 6 sudu besar cili kering mesin (20 biji cili besar -di rendam dgn air panas
sehingga lembut , buang biji cili, tapis dan kisar halus dgn pengisar.
*4 sudu besar cili giling cap sampan
* 6 ulas bawang merah -kisar kasar
* 5 ulas bawang putih -kisar kasar
* 2 biji sederhana besar bawang besar - dihiris @ ambil 1/2 bwg besar dan kisar bersama dgn bwg mearah dan bwg putih.
* 1 mangkuk kecil penuh ikan bilis @ jenis kecil (mahal ) (dibasuh, di goreng:separuh darinya dikisar kasar
* serai 1 atau 2 btg di ketuk
1 sudu kecil paste asam jawa adabi
* garam n gula merah
Bahan sampingan lain :-
Ikan bilis goreng, telur rebus, ikan masin goreng , kacang goreng dan timun/tomato hiris.
Cara-cara
1.Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
2.dgn menggunakan lebihan minyak( bekas tumisan ikan bilis) Tumis bawang besar Dan ketepikan., masukkan bawang2 yg dikisar( sehingga garing dan masukkan pula cili besar kisar , cili giling dan tumis lah sehingga naik minyak atau (30 min dgn api kcl)
3.Masukkan asam jawa , bawang besar tumis..kacau sebentar sehingga sebati, kemudian akhir sekali masukkan ikan bilis yg telah digoreng ,gula mearah.. garam tak perlu @ cukup dgn ikan bilis sahaja.. kacau sebati, tunggu sebentar atau masak sehingga agak pekat.
5. hidangkan panas2 dgn nasi lemak.
No comments:
Post a Comment