Sunday, August 29, 2010

KUIH MAKMUR sedapp


RESIPI KUIHMAKMUR MY STYLE












Bahan-bahan:

500 gm tepung gandum: - sangai atas api kecil sehingga tepung berderai, cara zaman dulu dulu tepung di jemur..
1 biji putih telur
secubt garam
mentega ( guna butter brand churn )-ikut lembut

Bahan Inti:
300 gm kacang tanah
Gula icing

(70 gm gula halus + sedikit air =air gula-optional utk versi inti saja )
(2 sudu besar susu tepung nespray-optional)

Cara menyediakan:
1. Gaulkan semua bahan telur, mentega,garam dan tepung sehingga lembut dan boleh dibentukkan. sedikit melekit takpe..pasti hasilnya tak mengecewakan..he he
2.Kacang di goreng tanpa minyak sehngga kacang berwarna kekuningan atau garing
3.Buang kulit dan kisar kacang dan tinggalkan sedikit untuk di tumbuk kasar ( gaulkan dengan air gula dan susu tepung -inti optional
4.kacang tanah tadi digaulkan dengan tepung doh sehingga sebati.ambil sedikit doh dan bentukkan bulat.
5.6. Bakar dalam suhu 180C selama 20 - 25 minit.
7. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing. atau sedikit panas agar icing melekat
8. Simpan dalam balang kedap udara.

Saturday, August 28, 2010

BISKUT DAHLIA

Sumber: Norazie RN

Bahan-bahan:
300g Butter
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum
2 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

Hiasan:
Cherry merah - potong kecil secukupnya

Cara menyediakannya:
Pukul buter, gula aising hingga kembang.
Masukkan kuning telur, esen vanila kacau sebati.
Masukkan semua jenis tepung. gaul dan uli sebati. Terap atas loyang.
Utk hiasan ceri, boleh letakkan sekali.
Bakar 150C selama 20 min. (ishzah bakar selama 17 minit sahaja)

KUIH MAKMUR VERSI 3


SUMBER:MY RESIPI


Bahan2 doh :
11/2 kilo tepung gandum (di sangai)
250 g mentega - lembut (Golden Churn)
1 sb minyak sapi
1 sk garam halus

Bahan2 inti :-
600 g kacang tanah di panggang, buang kulit n dikisar*
250 g mentega - lembut *
400 g gula serbuk*
sedikit garam*
gula kastor/serbuk utk tabur secukupnya

Cara2 membuat doh :
Pukul mentega dan minyak sapi hingga 1/2 kembang dan masukkan tepung sedikit2 dan uli hingga boleh dibentukkan.Bubuh sedikit pewarna hijau jika ingin kuihnye kelihatan seperti daun.
Ambil sedikit adunan,leperkan dan isikan dgn inti yg tlh disediakan. Sepit diatasnya seperti bentuk daun , atur dlm dulang pembakar .
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 min. Setelah masak,tabur rata dgn gula.
Cara2 membuat inti(disediakan awal) :-

Satukan bahan bertanda *
Ambil sedikit inti dibulat2kan seperti guli2 kecil dan disimpan didlm petisejuk supaya inti tidak berderai ketika diisi ke dlm adunan doh

Friday, August 27, 2010

BISKUT WARNA WARNI

asal; BISKUT KERANG

Bahan-bahan :

7 auns mentega
6 auns gula halus
12 auns tepung
1 butir kuning telur
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh esen vanilla
sedikit serbuk koko (untuk warna)
pewarna merah
pewarna hijau

Kaedah penyediaan :

1. Krimkan mentega dan gula. Masukkan kuning telur.
2. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan tepung dan serbuk penaik yang telah diayak bersama ke dalam adunan hingga mendapat doh yang lembut.
4. Bahagikan kepada 4 bahagian. Masukkan pewarna ke dalam 3 bahagian dan tinggalkan 1 bahagian dengan warna asal.
5. Masukkan dua doh berwarna ke dalam acuan. Tekan dan potong.
6. Susunkan biskut di atas loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak. Bakar hingga masak.

Thursday, August 26, 2010

DAGING MASAK MERAH


SUMBER MWANITA
diubahsuai sedikit.






Bahan-bahan

1 kilo daging direbus sehingga lembut dan air rebusan tinggal sedikit,rebus 3 hingga 4 jam. tos , hiris dan tambah dengan pewarna merah .

BAHAN A
6 tangkai cili merah
2 labu bwg besar
2 ulas bwg putih
1 inci halia
*semua bahan a di kisar halus

BAHAN B
1/2 cwn sos cili
1/2 cwn sos tiram
sedikit minyak, garam dan perasa/gula


Cara-cara

1.Tumiskan bahan a sehingga naik bau.

2. masukkan bahan b.

3. masukkan daging dan gaul sebati . tambahkan air rebusan tadi. masukkan garam dan perasa, biarkan di atas api sehingga naik minyak.angkat dan hidangkan,.

KUIH KOCI

Bahan-bahan ( 20 biji )

BAHAN2 UNTUK DOH:-
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 1/2 cawan air
BAHAN2 UNTUK INTI:-
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air
BAHAN2 LAIN:-
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

Cara-cara 1.UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

2.UNTUK DOH:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

3.UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.

4.Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.

5.Kemudian lipat seperti biasa.

6.Yang ini berbentuk bantal.

7.Dan yang ini berbentuk piramid 8.Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2. Tak lupa terima kasih padan bonda mat atas tunjuk cara utk resepi ini. Selamat mencuba..

SUP AYAM CELERY

SUP AYAM express VERSI SENDIRI

Bahan-Bahan: (3 0rang)

2 ketul dada ayam
3 ketul paha ayam

bahan A
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cengkih
1 bunga lawang
1 sudu kecil jintan manis
2 sudu besar minyak masak

bahan B
2 batang celery (potong memanjang 2 inci)
5 cwn air

Cara:
1. tumbuk bahan A dan tumis dengan jintan manis , cengkih dan bunga lawang , sehingga wangi dan masukkan ayam .biarkan sebentar selama 3 min ,kecilkan api ,tutup kuali .. gaul2 kan ayam agar tidak hangus..
2. kemudian masukkan air, apabila mendidih masukkan batang celery..renehkan dgn api yang kecil selama 10 min...
3. akhir sekali masukkan perasa dan secukup garam.. tunggu sebentar kemudian hidangkan...
Related Posts with Thumbnails