Showing posts with label MENU BERBUKA PUASA. Show all posts
Showing posts with label MENU BERBUKA PUASA. Show all posts

Wednesday, August 25, 2010

KUIH PELITA



Lapisan atas

3 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
- Campurkan kesemua bahan dan dikisarkan.


Lapisan bawah

3 1/2 cawan santan cair
1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula pasir
3 helai daun pandan
Beberapa titik perisa pandan


Daun pandan dikisar bersama2 santan lalu diperah untuk diambil airnya. Campurkan dengan bahan2 yang lain dan dikisarkan.
Di dalam mangkuk plastik, letakkan 1 sk gula pasir.
Kemudian tuangkan lapisan bawah (hijau) lebih kurang 3 sudu besar.
Kukuskan sekejap sehngga lapisan atas keras sedikit kemudian tuang pula lapisan santan dibahagian atas.
Kukuskan selama 15 minit lagi. Balutkan penutup dengan tuala bersih supaya lapisan atas nampak cantik bila siap dikukus.

Monday, August 23, 2010

BUBUR KACANG HIJAU

MENU UNTUK BERBUKA PUASA..TAK SEMPURNA BERBUKA PUASA KLAU TAKDE...he he

Bahan A
2 cwn kacang hijau (dibersihkan , rendam dgn air selama 30 min.dan bilas)-klau nak bubur kcg wangi lg..goreng tanpa minyak selama 5min.
4 cawan air
-rebus kacang hijau bersama air sehingga kacang 1/2 empuk (lebih kurang 20 minit)- jangan sampai kembang nanti tak sedap

Bahan B
3/4 cawan santan pekat (saya gunakan santan kotak harmuni)
1/4 cwn biji sagu
1/2 ketul /70 gm gula melaka
1 senduk rata besar gula pasir
½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara:
Setelah kacang empuk, masukkan kesemua Bahan B. Kacau sekali-sekala dan biarkan sehingga mendidih. Matikan api.


Nota:
1) tambahkan sedikit air jika kuah jd pekat
2) Kemanisan bubur boleh anda sesuaikan dgn citarasa anda. Kalau nak kurangkan pun boleh.

Saturday, August 21, 2010

sagu gula melaka

Bahan-bahan ( 3 orang )
Bahan A :
1 cawan sagu
2 1/2 cawan air
Bahan B :
1 1/2 cawan santan
1/4 cawan gula pasir
secubit garam
Bahan C :
1 keping gula Melaka @ 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan air
1/2 cawan air
1 helai daun pandan

Cara-cara
1.Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
2.Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
3.Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
4.Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih. 5.Buang daun pandan dan sejukkan.
6.Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur. 7.Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
8.Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk .
9.hidangkan bersama dengan santan dan gula melaka

Wednesday, August 18, 2010

CEMPEDAK GORENG

Bahan-bahan:

Cempedak kuning yang dikeluarkan seulas-ulas
1cwn Tepung naik sendiri
1sb Tepung jagung
3/4cwn Tepung gandum
1sb Tepung Beras
secubit kapur sirih
gula ( tak perlu gula-cempedak dah manis
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit sedikit (warna kekuning2an)
Minyak masak untuk mengoreng

Cara Membuat:

1.Bancuhkan semua bahan2 bersama air. Kacau sehingga tepung dan air sebati dan menjadi cecair lembut. jangan terlalu cair-pekat sedikit
2.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
3.Panaskan minyak.
4.Masukkan cempedak ke dalam mangkuk berisi tepung tadi.
5.Goreng cempedak sehingga warna kekuning2an.
6.Sedia untuk dihidang.

LEPAT PISANG//pais pisang

lepat pisang cara sya...bagi penggemar rasa pisangnya..kurengkan tepung..he he

Bahan-bahan

15 keping daun pisang dipotong segiempat sama
6 biji pisang raja ranum -yg dilenyek halus
60 gm tpg gandum
90gm gula pasir atau gula melaka dicincang halus
4 sb pati santan
1 kepal kelapa parut (putih sahaja)
1/2 st garam

Cara-cara
1.layukan daun pisang dlm air panas 3 minit.keringkan.
2.pisang yg sudah dilenyek,dicampur dgn tpg gandum,gula,garam, kelapa parut dan pati santan.
3.kalau adunan keras tambah pati santan lagi.
4.adunan tadi diambil satu sudu besar dan letak atas daun pisang.
5.daun dilipat menindih dan lipat kedua2 hujung untuk membungkus
6.kukus selama 20 min.hidangkan panas2

Related Posts with Thumbnails