Thursday, August 19, 2010

ROTI ARAB GORENG 2


Bahan-bahan : hidangan utk 4-5 orang
250 g tepung gandum
2 sk yis mauripan
1 sb susu tepung (jika guna susu segar tak perlu guna susu tepung)
1 sb marjerin/mentega
1 sb gula
160ml -170 ml air suam (boleh campurkan dgn susu segar)
1/2 sk garam halus
Cara-cara :

Satukan yis bersama air suam dan gula. Bancuhkan hingga gula larut. Kemudian biarkan sebentar sehingga yis berbuih.
Di dalam bekas yg agak besar, ayakkan tepung. Satukan dgn garam, susu tepung dan marjerin/mentega. Gaul2kan rata2. Buatkan lubang di tengah2nya, kemudian tuangkan yis tadi. Kacau dan uli hingga menjadi doh yg licin.
Setelah itu, simpankan doh di dlm bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Biarkan ia naik selama 1 jam.
Sementara itu, bolehlah buat kari sardin, kari ikan, kari ayam dsbnya....hehe.
Keluarkan doh, uli sekali lagi dan bahagikan kpd beberapa bahagian (DJ suka buat yg kecik2 jer lagi kiut..hehe). Bulat2kan doh dan leperkan/canaikan. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.
Panaskan minyak secukupnya utk menggoreng.

KUIH CEMPIANG



Bahan- bahan untuk adunan:

tepung gandum 1kg
1 senduk minyak masak boleh digantikan dengan planta.
air suam 1 gelas
ranggi 5 gram
garam 1 sudu teh
gula 1 senduk

2 sudu mkn kicap pekat manis atau Rempah Lima Jenis(yg sedia dlm 1 peket)
1 Sudu Kecil Gula
1 Sudu Kecil Garam
2 Sudu mkn Air Suam

Cara-cara
1.Bancuh rempah lima jenis dgn air,garam dan gula. Ketepikan..
2.Canaikan doh .Nak roll yg cantik hendak la canai nipis sket..lepas tu potong bahagian tepi2 doh yg x rata(utk mhasilkan roll yg cantik dan kemas)
3.Kemudian,titikkan sedikit bancuhan rempah dan sapukan rata di atas doh yg dicanai.Jika takde berus mskn,bleh guna blkg sudu mkn je utk ratakn..
4.Setelah itu,lipat sedikit bahagian hujung doh dan mulalah menggulung sehingga ke hujungnya..kemas2kn sdikit.Kemudian potong doh menggunakn pisau anggaran 2cm setiap satu..
5.Ambil satu potongan td,tekan2 sedikit mggunakan tgn dan canai nipis ..ulang sehingga roll habis..Jika agak melekat,taburkn sedikit tepung..Panaskan minyak dan doh akan mulai naik.Masukkan roll td ke dlm minyak yg sdh dpanaskan dan apabila selepas 2 saat(atau tepi kuih mula mendidih)terus balikkan.Ini utk mengelakkan kuih anda 'lentik' di tghnya dan kuih x brp msk bhgn tgh..balik2kn kuih utk mdpt warna keperangan yg sempurna..
7.Angkat dan toskan setelah kuih bertukar keperangan sepenuhnya..SELAMAT MENCUBA.. (^_^)

KUIH AKOK



Bahan-bahan ( 36 biji )
5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus
Cara-cara
1.Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
2.Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung. 3
.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
4.Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

RESIPI roti ARAB


Bahan-bahan:

500 gram tepung roti
1 sudu teh garam
25 gram gula halus
25 gram marjerin
5 gram pemantap roti (bread improver)
5 gram pelembut roti (bread softener)
10 gram yis segera
250-280 ml air suam

Cara membuatnya:

Gaul sebati tepung bersama garam dan gula halus.
Masukkan marjerin bersama pemantap roti dan pelembut roti. Gaul lagi.
Masukkan yis dan air sedikit demi sedikit. Uli selama 10 minit.
Biarkan adunan kenyal dan tutup dengan tuala kering selama 10 minit lagi.
Uli semula adunan dan bahagikan beberapa bahagian seberat 120 gram.
Bentukkan bulat-bulat dan tutup dengan kain kering selama 10 minit lagi.
Canaikan doh setebal 2 cm dan letakkan ke dalam loyang pembakar yang telah dioles rata dengan mentega.
Bakar pada suhu 210 °c selama 20 minit atau sehingga masak.
Jika mahu keperangan di atasnya, bakar seketika.
Sapukan mentega di atasnya untuk kelihatan cantik berkilat.

ROTI ARAB GORENG

Bahan-bahan ( 16 biji )
BAHAN A :
1 peket (11gm) yis mauripan
1 Sb gula
1/4 cawan air
BAHAN B :
500 gm tepung gandum
1 sk garam
1 sb gula
2 sb marjerin @ mentega
200 ml susu cair
minyak utk menggoreng
Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa menguli.

Cara-cara
1.penyediaan yis (bahan A):masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. tutup dan biarkan sebentar.yis yg elok ia akan berbuih.
2.Tepung gandum + gula + garam + marjerin ,gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
3.kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2.uli hingga jadi doh.
4.Doh harus lah lembut dari doh roti canai.tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain.tak mengapa jika adunan melekat ditangan,jgn tambah tepung.
5.tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
6.selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul.buat bulat2.
7.Ambil sebiji dan canai.jgn terlalu nipis.agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung.canai hingga habis.
8.bila selesai semuanya boleh digoreng.semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung.api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
9.alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan.angkat dan toskan.siap utk dihidang.
10.Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging.SELAMAT MENCUBA..!

ROTI BUN 2

Bahan-Bahan:
200gm tepung roti
10gm margerin
5gm ibu roti
125ml air (separuh air,separuh UHT milk)
garam secubit
¼ sudu tea gula
Cara:
1. Tepung di ayak terlebih dahulu
2. Ibu roti, gula dan sedikit air di bancuh dalam mangkuk, supaya cepat naik dan untuk memastikan ibu roti itu elok/hidup.
3. Campurkan kesemua bahan dan di uli hingga sebati.
4. Di tutup dengan kain lembab, dan pastikan ia menjadi "double" size.
5. Di uli balek dan di bentukkan mengikut saiz.
6. Bila sudah kembang/naik sapukan telur (egg wash )
7. Di bakar dalam oven 200C, selama 20-25 minit.

ROTI NASI

Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )
80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1 sudu kecil garam

Cara-cara
1.Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
2.kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
3.masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
4.rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
5.kemudian terap doh memanjang dan lipat 3
6.letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.
7.keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
8.sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner.
Related Posts with Thumbnails